Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan Maulidur Rasul berlangsung dalam norma baharu
  • TEMPATAN

Sambutan Maulidur Rasul berlangsung dalam norma baharu

Utusan Sarawak 4 years ago
PEMIMPIN DITELADANI… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama jemaah yang lain membaca surah Yasin.

LAWAS: Sambutan Maulidur Rasul tahun ini berlangsung dalam norma baru dengan  pematuhan wajib terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19.

Bagi daerah Limbang, Menteri Muda Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mengetuai majlis sambutan Mauludur Rasul di Masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang, petang semalam.

Majlis bermula selepas solat Maghrib dengan bacaan Yassin dan doa kesyukuran,  diikuti Zikir Marhaban bersama Kumpulan Zikir Marhaban Surau Ar-Raudah, Taman Desa Pebahanan Limbang.

Walaupun tahun ini tiada perarakan diadakan  seperti sebelum pendemik Covid-19, tetapi sambutan tetap meriah dengan berbagai acara yang menjurus kepada kasih sayang umat Islam kepada Nabi Muhammad SAW.

Hadir sama, Pegawai Daerah Limbang, Superi Awang Said, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosley, Pemanca Abu Bakar dan kenamaan tempatan lainnya.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: PRN Sarawak diawalkan?
Next: PANTAI TROMBOL MENARIK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.