Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan luar biasa temuduga terbuka Sarawak Metro
  • TEMPATAN

Sambutan luar biasa temuduga terbuka Sarawak Metro

Utusan Sarawak 3 days ago
CALON beratur dengan tertib menunggu giliran temuduga.

KUCHING: Temuduga terbuka anjuran Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) bagi pelbagai jawatan hujung minggu lalu menerima sambutan luar biasa apabila hampir 2,000 calon hadir mencuba peluang kerjaya bersama syarikat berkenaan.

Sesi temuduga yang berlangsung selama dua hari pada 27 dan 28 September di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu turut menarik penyertaan calon dari luar Kuching, yang sanggup datang dari pelbagai bahagian sama ada melalui perjalanan udara atau darat.

Tumpuan pengambilan kali ini adalah bagi mengisi kekosongan jawatan di bawah bahagian operasi dan penyelenggaraan termasuk pemandu kenderaan Transit Rapid Autonomi (ART), pemandu bas hidrogen, penolong penjadual, pegawai stesen serta juruteknik dalam pelbagai bidang.

SAMBUTAN luar biasa di sesi temuduga Sarawak Metro hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Ts. Mazli Mustaffa berkata sambutan menggalakkan daripada orang ramai jelas mencerminkan keyakinan tinggi terhadap misi syarikat membangunkan sistem pengangkutan awam moden, efisien dan mampan di Sarawak.

“Kami amat teruja dan bersemangat dengan minat yang ditunjukkan. Ia memberi keyakinan kepada kami untuk terus melaksanakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap, boleh dipercayai dan lestari,” katanya.

Beliau menambah, sambutan besar terutama dalam kalangan belia menunjukkan kesediaan generasi muda menyumbang tenaga dalam merealisasikan agenda Sarawak Metro di bawah projek Kuching Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

SAMBUTAN luar biasa di sesi temuduga Sarawak Metro hari ini.

Menurutnya lagi, syarikat berkenaan kekal komited membangunkan sistem pengangkutan awam yang selamat, mesra alam serta mampu menyokong agenda mobiliti hijau Sarawak, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Sarawak Metro, anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), telah diberi mandat kerajaan negeri untuk melaksanakan projek KUTS yang akan dibangunkan secara berfasa.

Fasa pertama projek berkenaan melibatkan pembangunan tiga laluan iaitu Laluan Biru dari Rembus, Kota Samarahan ke Hikmah Exchange di pusat bandar, Laluan Merah dari Kuching Sentral ke Pending, dan Laluan Hijau dari Pending ke Damai.

Tulangan utama KUTS ialah pengenalan kenderaan ART hidrogen sifar pelepasan karbon yang akan beroperasi di lorong khas tanpa berkongsi jalan dengan pengguna lain. 

ART menggunakan tayar getah tanpa rel khusus, dengan sebahagian jajaran dibina di aras jalan dan beberapa bahagian dinaikkan.

Operasi ART itu kelak turut disokong rangkaian bas pengantaran (feeder bus) yang juga menggunakan tenaga hidrogen untuk menyediakan sambungan perjalanan ‘perjalanan pertama dan terakhir’ bagi penumpang.

Usaha penggunaan hidrogen ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri memacu ekonomi hidrogen serta mengurangkan pelepasan karbon dalam pengangkutan awam di Sarawak.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perjanjian jual beli FAMA tingkatkan pendapatan peserta ladang kontrak Lawas
Next: Mancha anak Iban pertama sandang jawatan Pesuruhjaya Polis, bersara hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.