Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sambutan hari TVET memberangsangkan, sasaran 150,000 pengunjung
  • SEMASA

Sambutan hari TVET memberangsangkan, sasaran 150,000 pengunjung

Utusan Sarawak 2 days ago
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Majlis TVET Negara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) melihat bahan pameran semasa mengadakan lawatan ke reruai sempena sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tiga, kanan) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli (dua, kanan). Foto BERNAMA

MELAKA:  Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 yang bermula semalam meriah dengan kehadiran 41,830 pengunjung setakat 8.00 malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus memberi gambaran positif sasaran 150,000 pengunjung dapat dicapai.

“Kita harap lebih ramai akan datang dan kita pelawa orang ramai, khususnya pelajar serta peminat bidang teknikal hadir untuk memperoleh lebih banyak maklumat mengenai potensi TVET pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta kepimpinan negeri  melawat lebih 50 reruai pameran.

Acara julung kali yang diadakan di Melaka bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya” itu dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Turut bakal dilangsungkan ialah Majlis Pelancaran Inisiatif Program TVET Berimpak Tinggi: Kecerdasan Buatan dan Keselamatan Siber.

Sepanjang tiga hari sambutan, pelbagai acara menarik akan dianjurkan termasuk seminar, bengkel serta pertandingan berasaskan inovasi, teknologi dan teknikal.

Sebanyak 12 kementerian turut terlibat dalam penganjuran kali ini, antaranya Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Hari TVET Negara 2025 juga menampilkan penglibatan empat tunjang utama dalam bidang berkenaan, iaitu industri, institusi, badan bukan kerajaan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan. — Bernama

Continue Reading

Previous: HAWANA 2025 buka tirai esok, himpun lebih 1,000 pengamal media
Next: Naskhah al-Quran tulisan tangan, bukti cinta luar biasa Nurly Shahirah kepada Kalamullah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.