Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Hari Sarawak bina semangat kebersamaan rakyat
  • Utara
  • WILAYAH

Sambutan Hari Sarawak bina semangat kebersamaan rakyat

Utusan Sarawak 3 days ago
 AKTIVITI PATRIOTIK…larian Hari Sarawak anjuran SUPP Cawangan Lawas dirasmikan oleh ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang yang diiringi (lima dari kiri) Liaw Ho Peng. 

LAWAS: Hari Sarawak adalah bukti bersejarah buat rakyat negeri ini yang menandakan bermulanya pentadbiran mengikut acuan Sarawak sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata, semua ini merupakan hasil usaha bijak kepimpinan kerajaan negeri yang bertekad membangunkan Sarawak sehingga berjaya mengecapi pembangunan serta kemakmuran hari ini.

Beliau berkata, 22 Julai adalah tarikh penting apabila Sarawak diberikan kuasa tadbir urus sendiri melalui satu proklamasi oleh pemerintahan British, yang seterusnya membuka laluan kepada pembangunan dan kemajuan negeri ini.

“Tarikh ini mencerminkan sejauh mana kita telah melangkah sebagai negeri dan untuk menghormati perjuangan pemimpin terdahulu dalam mencapai kedaulatan dan hak mentadbir sendiri,” katanya ketika berucap pada Program Larian Santai 722 Lawas, anjuran SUPP Cawangan Lawas, pagi ini.

Paulus turut menggesa golongan belia agar menghargai sejarah perjuangan dan terus mempertahankan perpaduan serta keharmonian yang dinikmati hari ini.

“Apabila kita memahami masa lalu, kita dapat membina visi yang lebih jelas untuk masa depan. Belia harus belajar dan menghargai kepentingan sambutan ini,” katanya lagi.

Program larian tersebut menarik penyertaan lebih 200 peserta, dan turut dimeriahkan dengan sukaneka serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika.

Sementara itu, Pengerusi SUPP Cawangan Lawas, Liaw Ho Peng berkata program tersebut bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi juga merupakan cara menerapkan semangat cintakan Sarawak dalam kalangan masyarakat setempat.

“Ini merupakan antara acara tahunan SUPP Lawas yang bertujuan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dalam program berbentuk kesedaran dan kebersamaan,” ujarnya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Visit to Open Air market highlights public transport progress and challenges
Next: Projek naik taraf sistem pengairan Kampung Paloh siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.