Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan Hari OKU Sarawak 2025 tonjolkan semangat inklusif dan kemajuan sosial
  • TEMPATAN

Sambutan Hari OKU Sarawak 2025 tonjolkan semangat inklusif dan kemajuan sosial

Utusan Sarawak 10 hours ago
SIMBOLIK…Datuk Mohamad Razi Sitam bersama tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik perasmian pada Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sarawak 2025, di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

KUCHING: Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sarawak 2025 berlangsung dalam suasana meriah dan penuh bermakna, menampilkan komitmen kerajaan negeri memperkasa komuniti OKU melalui pendekatan inklusif dan holistik.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam, yang menegaskan bahawa agenda memperkukuh peranan dan penyertaan golongan OKU bukan sekadar pelengkap dasar sosial, tetapi elemen penting dalam pembentukan masyarakat maju dan progresif.

Dalam ucapannya, beliau berkata tema sambutan tahun ini, ‘Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial’, menuntut perubahan pemikiran masyarakat dalam melihat potensi sebenar golongan OKU.

AMANAT…Datuk Mohamad Razi Sitam berucap pada Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sarawak 2025, di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

“Warga OKU perlu dilihat sebagai individu berkemahiran dan aset berharga dalam pembangunan sosial, ekonomi dan kepimpinan negeri,” katanya.

Razi turut mengaitkan aspirasi tersebut dengan hala tuju pembangunan Sarawak, selaras dengan matlamat negeri mencapai status maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menurutnya, pembangunan sumber manusia, peningkatan kualiti khidmat sosial dan penciptaan peluang ekonomi yang adil untuk komuniti OKU adalah komponen penting dalam agenda pembangunan negeri.

Beliau menekankan komitmen kerajaan Sarawak memperkasakan golongan OKU melalui pelbagai dasar dan program bersasar, khususnya dalam aspek pendidikan inklusif, latihan kemahiran, peluang kerjaya dan pembangunan sosial.

KENANGAN…Datuk Mohamad Razi Sitam bersama tetamu kehormat yang lain dan para pelajar OKU yang telah tamat pengajian pada Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sarawak 2025, di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Pendekatan inklusif ini akan diperkukuh dengan usaha meningkatkan aksesibiliti dalam sistem pendidikan, sektor pekerjaan serta infrastruktur awam, selain menyokong inisiatif keusahawanan dan pembangunan bakat OKU.

Kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU sebagai rakan strategik bagi memastikan suara dan keperluan komuniti ini sentiasa didengari serta diberi keutamaan.

Razi menambah, sambutan seperti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan mengurangkan stigma masyarakat, tetapi juga menjadi platform untuk warga OKU menonjolkan bakat, kemahiran dan potensi diri mereka.

Beliau yakin usaha berterusan ini akan menjadikan Sarawak sebagai contoh terbaik negeri inklusif yang meraikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kemampuan.

Sambutan Hari OKU Sarawak 2025 turut disertai komuniti OKU, keluarga, agensi kerajaan, pertubuhan kemasyarakatan serta NGO berkaitan dalam semangat memperkukuh solidariti dan memperluas ruang penyertaan sosial.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bot karam di Tanjung Sirik, seorang lelaki masih hilang
Next: Lebuh Raya Pan Borneo akan diwartakan sepenuhnya sebagai jalan Gred 1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.