
MARUDI: Nurhanie Abdullah muncul johan dalam Pertandingan Memasak dengan masakan ‘ayam pansuh’ sempena Program Khas Merdeka dan sambutan Hari Malaysia anjuran Sebaran Maklumat Nasioal (NADI) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bangunan NADI Marudi semalam.
Naib johan disandang Noraimimi Ibrahaim dengan masakan ayam masak bawang dan tempat ketiga dimenangi Mujan Oyo dengan masakan petai bunga kantan.

Bagi pertandingan Mobile Legends juara dimenangi kumpulan Noviro bagi mewakili Long Beruang dan naib juara dimenangi kumpulan Ano Mali 08 bagi mewakili Marudi.
Sementara itu, Nurul Humaira Mohd Hafiz berjaya mengalakan sembilan peserta lain apabila memenangi dalam Pertandingan Mewarna manakala peserta yang turut menyertai pertandingan itu menerima hadiah saguhati.

Pengerusi NADI Marudi, Anita Saili berkata sambutan para peserta dalam pertandingan ini amat mengalakkan dan beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta atas sokongan demi menjayakan program ini.
Beliau berharap program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan tujuan yang sama untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dan perpaduan antara kaum.
Oleh Jiku Jukuong