Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Hari Malaysia 2025 di Bintulu dijangka tarik ribuan pengunjung
  • Utara
  • WILAYAH

Sambutan Hari Malaysia 2025 di Bintulu dijangka tarik ribuan pengunjung

Utusan Sarawak 4 days ago
 DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom bersama jawatankuasa penganjur menunjukkan poster sambutan Hari Malaysia 2025 di Bintulu.

BINTULU: Bintulu bakal menjadi lokasi penuh warna-warni bagi Sambutan Hari Malaysia 2025 Peringkat Sarawak yang dijadual berlangsung selama tiga hari, dari 14 hingga 16 September ini.

Bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur Dalam Malaysia’, sambutan kali ini turut memperingati ulang tahun ke-62 pembentukan Malaysia, dengan lima acara utama berteraskan konsep rakyat, dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung dari seluruh negeri.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, acara akan bermula pada 14 September dengan Majlis Kesyukuran Agama-agama Lain di Hotel Imperial, diikuti Majlis Kesyukuran Umat Islam pada 15 September di Masjid Assyakirin, yang dijangka dihadiri lebih 1,000 tetamu.

“Kemuncak sambutan akan berlangsung pada 16 September, dimulakan dengan Larian Hari Malaysia dari Dewan Suarah ke Jambatan Tun Taib, melibatkan lebih 3,000 peserta,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2025 Peringkat Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

 DATO Sri Dr Stephen Rundi Utom pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat Sarawak di Bintulu hari ini.

Pada malam 16 September, lebih 10,000 pengunjung dijangka membanjiri Lapangan Terbang Lama Bintulu untuk acara perhimpunan utama yang akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Acara itu akan diteruskan dengan Konsert Rakyat yang menampilkan persembahan kebudayaan serta artis tempatan, sebagai simbolik semangat perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum.

Dr Stephen berkata, penganjuran peringkat negeri kali ini bukan sahaja mencerminkan kepelbagaian dan perpaduan rakyat, tetapi juga menyerlahkan kedudukan Bintulu sebagai kluster perindustrian baharu Sarawak.

“Saya mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk hadir beramai-ramai ke Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 16 September ini bagi bersama-sama meraikan semangat Hari Malaysia,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Rowena Uyah dinobatkan Ratu Etnik Pesta Pantu 2025
Next: Strengthen housing policies to better protect homeowners, says Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.