Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan Hari Lahir ke-79 Tun Wan Junaidi disambut meriah di DUN Sarawak
  • TEMPATAN

Sambutan Hari Lahir ke-79 Tun Wan Junaidi disambut meriah di DUN Sarawak

Utusan Sarawak 1 week ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar diraikan malam ini sempena Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis khas yang berlangsung di Dewan Santapan, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar diraikan sempena Perayaan Hari Lahir ke-79 Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu majlis khas yang berlangsung di Dewan Santapan, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam ini.

Majlis tersebut turut dihadiri isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta barisan kepimpinan utama kerajaan negeri.

Acara dimulakan dengan persembahan lagu-lagu klasik Melayu seperti Rindu Lukisan, Wajahmu di Mana-mana dan Sepanjang Jalan Kenangan, diikuti tarian zapin sebagai tanda penghormatan kepada tetamu kehormat.

Bacaan doa disempurnakan oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Sahibul Fadhilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Kemuncak majlis adalah upacara memotong kek hari lahir Tun Dr Wan Junaidi, diiringi nyanyian lagu Alhamdulillah dan Allah Selamatkan Kamu serta tayangan video khas yang memaparkan perjalanan dan sumbangan beliau kepada negeri dan negara.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Hijrah Yahya, Mal Imran, Jali dan Bob Yusuf, sebelum ditutup dengan pertunjukan bunga api di ruang foyer DUN.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof; tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan.

-TVS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penyanyi popular Stacy dikejarkan ke hospital, tidak dapat teruskan persembahan di Konsert Rakyat malam ini
Next: Eksklusif: Musim buah dabai kembali meriahkan pekan Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.