Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Hari Keputeraan Agong Peringkat Sarawak di Betong 11 hingga 14 Jun depan
  • Tengah
  • WILAYAH

Sambutan Hari Keputeraan Agong Peringkat Sarawak di Betong 11 hingga 14 Jun depan

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATO Sri John Sikie Tayai semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini. Foto: Abgsem Saribas.

BETONG: Bahagian Betong bakal menerima limpahan ekonomi apabila sekitar 10,000 pengunjung dijangka hadir sepanjang empat hari sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Peringkat Sarawak dari 11 hingga 14 Jun depan.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata, kehadiran pengunjung dari pelbagai kawasan dijangka memberi manfaat besar kepada peniaga kecil, pengusaha makanan, sektor perhotelan serta komuniti setempat di Betong.

Menurut beliau, sambutan berprestij itu bukan sahaja menjadi platform mengeratkan hubungan rakyat dengan institusi diraja, malah mampu merancakkan aktiviti ekonomi tempatan menerusi pelbagai acara yang telah dirancang.

DATO Sri John Sikie Tayai semasa Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini. Foto: Abgsem Saribas.

Katanya, antara pengisian utama sepanjang sambutan termasuk Betong Kitchen, Pameran Raja Kita, majlis kesyukuran pelbagai agama, khutbah khas serta majlis jamuan teh yang dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung.

Beliau berkata, sambutan itu turut dijangka diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg.

“Kita mohon agar semua penduduk Betong dan kawasan berdekatan seperti Sri Aman, Sarikei dan Lubok Antu datang beramai-ramai memeriahkan sambutan ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Tambah beliau, kemuncak sambutan pada 14 Jun nanti bakal berlangsung penuh warna-warni menerusi konsert rakyat di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan yang menampilkan artis tempatan, persembahan budaya serta pertunjukan bunga api.

Penganjuran sambutan tersebut juga bertujuan memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai lambang kedaulatan negara dalam sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 876 penduduk rumah panjang DUN Kabong terima bakul makanan sempena Gawai
Next: Cubaan seludup 12 migran di sempadan Lubok Antu gagal, dua ‘tekong darat’ ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.