Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sambutan Hari Belia pada 5 Disember ini
  • SEMASA

Sambutan Hari Belia pada 5 Disember ini

Utusan Sarawak 4 years ago
SIDANG MEDIA … Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika mengadakan sidang media di Majlis Sukan Sarawak, di Kuching, semalam.

KUCHING: Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak tahun ini akan diadakan di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan pada 5 Disember ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan hari belia ini akan dirasmikan oleh Ketua Mneteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Sepatutnya sambutan hari belia ini diadakan pada 7 November lepas namun disebabkan penularan covid-19 kita terpaksa tangguhkan kepada tarikh yang baharu.

“Sambutan kali ini akan diadakan di Kompleks Sukan Asajaya, Samarahan pada 5 Disember 2020,” Katanya pada sidang media di Kompleks Sukan Sarawak, di sini, semalam.

Beliau yang juga merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian turut berkata bahawa, sambutan hari belia akan hanya melibatkan sebanyak 1,000 belia.

“Kita akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan akan dipatuhi sepenuhnya.

“Kita tidak mahu akan ada kluster baru hari belia oleh sebab itu jumlah kehadiran belia yang terlibat terpaksa dihadkan berbanding pada tahun sebelumnya,” jelasnya.

Katanya, objektif sambutan hari belia ini diadakan untuk mengiktiraf sumbangan dan sokongan golongan belia dalam pembangunan negeri ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Nancy Jolhi, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak Dr Ong Kong Swee, Presiden Persatuan Wushu Sarawak Allen Wong dan Naib Presiden Persatuan Wushu Sarawak James Ting.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Keputusan bekal Raspberry Pi disambut baik
Next: OKU disaran cebur bidang perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.