Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Sambutan Halloween bertukar tragedi
  • GLOBAL

Sambutan Halloween bertukar tragedi

Utusan Sarawak 3 years ago

LOKASI KEJADIAN… Orang awam, polis dan paramedik berkumpul di sekitar lokasi kejadian susulan tragedi rempuhan pesta Halloween di Itaewon, Seoul semalam. • Foto AFP

SEOUL: Sekurang-kurangnya 151 orang terbunuh, manakala 76 yang lain cedera dalam insiden rempuhan di Daerah Itaewon, Seoul, yang melibatkan pengunjung yang menghadiri pesta Halloween, lapor Yonhap memetik pihak berkuasa bomba semalam.

Insiden itu berlaku malam kelmarin, berhampiran kawasan Hotel Hamilton di pusat hiburan malam yang terkenal, menurut saksi.

Berpuluh-puluh ribu pengunjung melawat kawasan itu sempena pesta Halloween.

Setakat awal pagi semalam, seramai 149 orang termasuk 19 warga asing disahkan terbunuh dengan 76 yang lain cedera, 57 daripadanya parah dan jumlah korban dijangka meningkat, menurut pihak berkuasa bomba.

Kebanyakan mangsa berusia dalam lingkungan 20-an, kata pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian dan memberikan bantuan CPR ke atas berpuluh-puluh mangsa. 

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui.-Bernama

Continue Reading

Previous: 15 Syiah terbunuh diserang pengganas
Next: 90 maut jambatan runtuh di Gujarat, India 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.