Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Gawai Dayak sarat adat, simbol kesyukuran
  • Utara
  • WILAYAH

Sambutan Gawai Dayak sarat adat, simbol kesyukuran

Utusan Sarawak 4 days ago
UPACARA Miring Gawai dan Ai Pengayu.

BEKENU: Gawai Dayak disambut pada 1 Jun setiap tahun oleh masyarakat Dayak, khususnya dalam kalangan kaum Iban dan Bidayuh.

Perayaan ini merupakan tradisi adat yang diraikan bagi menandakan berakhirnya musim menuai padi serta sebagai tanda kesyukuran kepada hasil tuaian.

Di rumah panjang Tuai Rumah (Tr) Lingu Jilan Pakut Sibuti, permulaan sambutan Gawai Dayak disambut pada malam 31 Mei yang mana penduduk rumah panjang berkumpul beramai-ramai mengadakan jamuan petang di setiap ruai masing-masing.

Selepas jamuan, penghuni akan berkumpul semula di ruai bilik ‘tuai gawai’ yang dilantik sebagai ketua secara bergilir setiap tahun.

Di ruai Tuai Gawai (Tuai Rumah), diadakan ‘ai pengayu’, iaitu jamuan yang melibatkan persembahan makanan dan minuman daripada setiap bilik di rumah panjang untuk dinikmati secara bersama.

Sementara menunggu acara ‘ngirup ai pengayu’ iaitu air tuak yang dibuat daripada beras dan ragi (minuman panjang umur) beberapa aktiviti seperti sukaneka, jamuan ringan dan randau diadakan.

Ai pengayu ini wajib diminum oleh penduduk rumah panjang kerana ia dianggap air yang membawa tuah serta panjang usia.

Sebelum ai pengayu diminum biasanya upacara miring dengan bacaan mantera dilakukan oleh ketua adat.

Sebelum upacara miring, kumpulan ‘ngalu petara’ akan berarak di ruai rumah panjang menggunakan kostum tradisional Iban.

‘Ngalu Petara’ bermaksud menyambut kedatangan Tuhan. Upacara ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk orang dewasa dan kanak-kanak, lelaki serta perempuan.

Setelah berarak meniti ruai rumah panjang mereka akan duduk menghadap kumpulan ‘petara’ (Tuhan).

Wakil dari petara bertanya kepada ketua kumpulan yang berarak, “tujuan mereka datang membawa lelaki, wanita serta kanak-kanak ke tempat petara.”

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam projek RTP di Maludam siap sepenuhnya
Next: Surau Darul Makmur Kampung Tanjung Belipat terima sumbangan van jenazah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.