Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Gawai Antu di Sungai Kawi bukti identiti Dayak terus kukuh
  • Tengah
  • WILAYAH

Sambutan Gawai Antu di Sungai Kawi bukti identiti Dayak terus kukuh

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAWAI ANTU….ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk Rumah Dangat. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Komitmen terhadap pemeliharaan adat dan budaya terserlah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menghadiri sambutan Gawai Antu di Rumah Dangat, Sungai Kawi, semalam.

Beliau menzahirkan sokongan terhadap penganjuran acara berasaskan warisan tradisi masyarakat Dayak yang melibatkan 10 pintu rumah panjang tersebut.

“Sambutan seperti Gawai Antu ini adalah lambang identiti masyarakat Dayak yang wajar terus dipertahankan agar tidak pupus ditelan zaman.

“Saya menghargai usaha penduduk Rumah Dangat dalam memastikan adat resam dan tradisi turun-temurun ini terus diwarisi oleh generasi muda,” katanya ketika berucap pada masjlis sambutan Gawai Antu tersebut.

GAWAI ANTU….ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama penduduk Rumah Dangat. Foto Pusat Khidmat Meradong

Tambahnya, suasana penuh harmoni dan kekeluargaan menjadi platform untuk memperingati roh nenek moyang serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.

“Tradisi sebegini bukan sahaja mempamerkan kekayaan warisan masyarakat tempatan, tetapi juga mencerminkan perpaduan yang kukuh dalam masyarakat luar bandar.

“Kerajaan Sarawak akan terus menyokong usaha komuniti dan ketua rumah panjang dalam menganjurkan aktiviti kebudayaan dan sosial yang memupuk keharmonian masyarakat,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Krismas pemangkin toleransi, Datuk Ding gesa perpaduan Meradong terus diperkukuh
Next: BBP Sarikei terus laksana rondaan pemantauan MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.