Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan Aidilfitri di Bekenu meriah, lebih 2,000 pengunjung hadir
  • Utara
  • WILAYAH

Sambutan Aidilfitri di Bekenu meriah, lebih 2,000 pengunjung hadir

Utusan Sarawak 7 hours ago
SELAMAT HARI RAYA… Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama sebahagian pengunjung yang berkunjung ke Rumah Terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pejuang Kelulit di sini hari ini.

BEKENU: Lebih 2,000 orang ramai berkunjung ke Rumah Terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus di Kampung Pejuang Kelulit di sini hari ini.

Rosey yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu ketika ditemui media berkata, kehadiran orang ramai ini menunjukkan sokongan kepada kerajaan Sarawak.

“Saya sangat gembira dan bangga dengan kehadiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum di kawasan saya.

SELAMAT HARI RAYA… Datuk Rosey Yunus merakamkan kenangan bersama sebahagian pengunjung yang berkunjung ke Rumah Terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pejuang Kelulit di sini hari ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua dan ini juga menunjukkan sokongan kepada kepada kepimpinan Premier, Abang Jo kita.

Tambahnya, teruskan sokongan kepada Abang Jo kerana kita melihat kepelbagaian cara beliau memimpin Sarawak dari segi ekonomi, kebajikan, banyak program dan inisiatifnya. 

“Terdapat juga program yang tiada di negeri lain seperti Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). 

“Maka saya menyeru kepada semua bahawa kita perlu menyokong Premier di bawah satu payung iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS),” tegasnya. 

Utusan Sarawak difahamkan bahawa Rumah Terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri Rosey tersebut bermula 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah terbuka Aidilfitri semai semangat muhibah
Next: Sundar Surip berjaya merangkul Piala Pusingan Pertandingan Lampu Raya sempena sambutan Aidilfiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.