Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan 20 tahun Rumah Panjang Insol diserikan dengan perasmian projek RTP
  • Tengah
  • WILAYAH

Sambutan 20 tahun Rumah Panjang Insol diserikan dengan perasmian projek RTP

Utusan Sarawak 23 hours ago
FRIDAY Belik hadir pada sambutan ulang tahun ke-20 Rumah Panjang Insol, Malong Atas dekat sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Sambutan ulang tahun ke-20 Rumah Panjang Insol, Malong Atas telah berlangsung meriah semalam dengan Majlis Perasmian Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Sejati MADANI.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik hadir menyempurnakan perasmian tersebut sambil merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh warga rumah panjang kerana berjaya menzahirkan semangat kesungguhan serta komitmen yang tinggi.

Beliau menegaskan, kejayaan menyiapkan rumah panjang itu bukan sahaja memberi keselesaan kepada anak cucu, malah menjadi lambang perpaduan dan kerjasama erat masyarakat setempat.

“Semangat kental dan kerjasama inilah yang harus dijadikan contoh oleh komuniti lain,” kata Friday ketika berucap pada majlis tersebut.

Projek RTP membabitkan pembinaan pagar dan sengkuap dengan kos berjumlah RM200,000 yang telah siap pada hujung 2024. Projek itu jelas memperlihatkan komitmen kerajaan untuk terus membela masyarakat luar bandar

Friday menambah, inisiatif tersebut bukan sekadar menyediakan prasarana asas, malah menjadi bukti bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan pedalaman.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek dan penganjuran sambutan ulang tahun tersebut.

“Syabas dan terima kasih kepada semua,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tukun Tiruan Pantai Belawai beri impak positif, populasi ikan semakin meningkat
Next: Ceramah kebakaran, penduduk didedah cara tindak balas awal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.