Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesinambungan Projek KAM 2026 bergantung keputusan kerajaan – Nanta
  • Tengah
  • WILAYAH

Kesinambungan Projek KAM 2026 bergantung keputusan kerajaan – Nanta

Utusan Sarawak 15 hours ago
PERASMIAN…..Nanta menyempurnakan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI KKR Nanga Engkuah di Pejabat Daerah Song, hari ini

KAPIT: Kesinambungan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) bagi 2026 bergantung kepada keputusan kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, sekiranya program itu diteruskan, beberapa kawasan serta keperluan di Kapit yang perlu diberi perhatian telah pun dikenal pasti.

“Kita belum membuat pemilihan, tetapi kita sudah tahu kawasan yang sesuai sekiranya projek ini diteruskan. Pelaksanaannya bergantung kepada kelulusan kerajaan dalam bajet berkenaan.

“Itu kita serahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengumumkan sama ada projek ini diteruskan untuk tahun 2026 serta jumlah peruntukan yang disediakan,” katanya.

Nanta berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Nanga Engkuah, Ulu Katibas, Song oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) di Pejabat Daerah Song, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, perbincangan telah diadakan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Pelagus dan Katibas mengenai pelaksanaan projek berkenaan, dan sekiranya diberi peluang, kawasan sesuai pelaksanaan telah dikenal pasti.

Selain Katibas, projek KAM turut dilaksanakan di Bukit Goram namun masih belum dilaksanakan di Pelagus.

Di Katibas, projek tersebut memberi manfaat kepada komuniti Nanga Engkuah melibatkan tiga rumah panjang iaitu Rumah Radiah Langit, Rumah Albert Lajong dan Rumah Assan Munan, manakala di Bukit Goram ia dilaksanakan di Rumah Kiong Igang.

Menurut Nanta, pelaksanaan projek di Nanga Engkuah berdepan cabaran logistik termasuk laluan pengangkutan sungai dan jalan balak, namun usaha gigih semua pihak membolehkan projek itu direalisasikan.

PEMBANGUNAN TERUS KEPADA RAKYAT….Nanta menyaksikan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI KKR Nanga Engkuah di Pejabat Daerah Song, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Nanta berkata, inisiatif KAM merupakan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang walaupun tidak besar dari segi fizikal, namun sangat bermakna kepada penduduk.

“Nanga Engkuah terpilih sebagai salah satu lokasinya dan ini sewajarnya menjadi kebanggaan penduduk kerana komuniti ini turut menerima manfaat pembangunan yang dibawa kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata, kejayaan projek seumpama itu memerlukan sokongan dan kerjasama erat masyarakat setempat, selain menghargai usaha wakil rakyat yang sentiasa memperjuangkan pembangunan kawasan pedalaman, khususnya di DUN Katibas.

Pada peringkat awal, projek KAM di Nanga Engkuah melibatkan peruntukan RM2.5 juta, namun kos meningkat kepada sekitar RM4 juta berikutan keperluan logistik yang tinggi.

Sebanyak empat projek fizikal berjaya disiapkan melibatkan pembinaan dua jambatan pejalan kaki baharu yang menghubungkan tiga rumah panjang, pemasangan lampu solar, naik taraf pondok menunggu di jeti serta naik taraf laluan pejalan kaki.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tiada kerosakan struktur: JKR sahkan Jambatan Kuning Mukah selamat digunakan
Next: Lelaki dikhuatiri lemas selepas hanya tuala dan seliparnya ditemui di kolam berhampiran Rh Kiroh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.