Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Samarahan Boulevard: Taman hijau ikonik memacu revolusi bandar raya moden Sarawak
  • TEMPATAN

Samarahan Boulevard: Taman hijau ikonik memacu revolusi bandar raya moden Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada simbolik perasmian pecah tanah Projek Samarahan Boulevard, Kota Samarahan, hari ini. Foto Masrin Affirah

KOTA SAMARAHAN: Projek Samarahan Boulevard dibangunkan sebagai ruang rekreasi awam dan kawasan hijau berskala besar bagi menyokong kesejahteraan rakyat serta kualiti hidup dalam pembangunan bandar Samarahan untuk jangka panjang.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Samarahan Boulevard bukan pembangunan komersial semata-mata, sebaliknya dirancang sebagai kawasan riadah yang memberi ruang kepada masyarakat untuk beriadah, bersenam dan menikmati persekitaran hijau.

“Dalam perancangan pembangunan kawasan Samarahan, kerajaan negeri telah mengenal pasti lebih 1,000 ekar kawasan hijau yang terletak berhampiran Samarahan Boulevard untuk diisytiharkan sebagai kawasan awam.

“Kawasan hijau ini akan ditanam dengan pokok-pokok dan dijadikan tempat orang berjoging serta beriadah dan dibangunkan sepenuhnya sebagai kawasan hijau. 

“Mungkin ada yang akan bertanya, kenapa dijadikan ruang macam ini? Lebih baik buat kedai. Ini kerana manusia hidup, bukan bergantung dengan komersial saja. Manusia memerlukan udara segar,” katanya.

PENERANGAN ringkas berkaitan Projek Samarahan Boulevard, Kota Samarahan, hari ini. Foto Masrin Affirah

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Samarahan Boulevard, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata kawasan tersebut akan diwartakan dan dilindungi undang-undang, di mana tanah yang telah diisytiharkan sebagai kawasan kegunaan awam tidak boleh ditukar kepada pembangunan komersial atau perumahan tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apabila kawasan itu telah diisytiharkan, ia bermakna tanah tersebut dilindungi. Jika hendak diubah, mesti dibawa ke DUN. Ini adalah perlindungan untuk masa depan,” jelasnya.

Tambah beliau, Samarahan Boulevard akan menjadi sebahagian daripada perancangan bandar baharu Samarahan, dengan konsep bandar moden yang menitikberatkan keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada simbolik perasmian pecah tanah Projek Samarahan Boulevard, Kota Samarahan, hari ini. Foto Masrin Affirah

“Kita mungkin tidak ke London dengan Hyde Park, tetapi kita boleh bangunkan Samarahan Park untuk rakyat Sarawak. Ia akan menjadi tarikan dan ruang rekreasi untuk keseluruhan kawasan ini. 

“Manusia memerlukan oksigen, ruang hijau dan persekitaran yang sihat. Apabila pokok ditanam, ia menghasilkan oksigen dan membantu kesihatan. Sebab itu ruang seperti ini penting.

“Pembangunan Samarahan Boulevard mencerminkan perancangan jangka panjang kerajaan negeri dalam menyediakan bandar yang berdaya huni dan sesuai untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Untuk rekod, Samarahan Boulevard adalah projek ikonik pembangunan bandar Kota Samarahan yang dirancang sebagai ruang awam berskala besar sepanjang kira-kira 2 kilometer (km) dan lebar lebih 20 meter, lengkap dengan kemudahan pejalan kaki, ruang hiburan, dan tempat berkumpul awam untuk rekreasi penduduk serta pelancong.

Projek itu sebahagian daripada pembangunan Wilayah Samarahan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dengan nilai keseluruhan sekitar RM130 juta, merangkumi fasa-fasa Boulevard dan projek berkaitan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RTP lambang pembangunan inklusif tanpa mengira kaum dan agama – Wilfred Yap
Next: PPS banjir di Sarawak menurun, hanya satu PPS masih beroperasi di Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.