Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Saman tertunggak tidak jejaskan kelayakan BUDI95 – Loke
  • NASIONAL

Saman tertunggak tidak jejaskan kelayakan BUDI95 – Loke

Utusan Sarawak 14 hours ago
Anthony Loke.

KUALA LUMPUR: Kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata saman tertunggak dan kelayakan subsidi BUDI95 adalah mekanisme berbeza yang beroperasi secara berasingan, dan kedua-duanya tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik.

“Berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon hendaklah memenuhi syarat asas iaitu warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad dan mestilah memiliki lesen memandu aktif.

“Lesen memandu yang aktif merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah, atau yang tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun,” menurutnya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Loke menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan kononnya mana-mana individu yang gagal menjelaskan saman akan hilang kelayakan manfaat BUDI95.

-BERNAMA 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Wanita Malaysia yang tidak dapat dihubungi dalam banjir Aceh pulang ke Malaysia – Wisma Putra
Next: Australia kuat kuasakan larangan penggunaan media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun, pertama di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.