Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Saman Fitnah: Keputusan taksiran ganti rugi Rosmah terhadap pemilik akuan TikTok 8 Julai
  • MAHKAMAH

Saman Fitnah: Keputusan taksiran ganti rugi Rosmah terhadap pemilik akuan TikTok 8 Julai

Utusan Sarawak 2 days ago
MAHKAMAH Tinggi hari ini menetapkan 8 Julai depan untuk keputusan jumlah ganti rugi perlu dibayar seorang pemilik akaun TikTok kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 8 Julai depan untuk keputusan jumlah ganti rugi perlu dibayar seorang pemilik akaun TikTok kepada Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes saman fitnah dikemukakan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Rosmah selaku plaintif berkata tarikh itu, ditetapkan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh selepas pendengaran untuk taksiran ganti rugi yang dijalankan menerusi aplikasi Zoom hari ini.

“Semasa pendengaran, mahkamah membangkitkan mengenai persoalan undang-undang dan seorang lagi peguam plaintif Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff memohon satu tarikh untuk memfailkan hujahan ringkas, bagi menjawab persoalan undang-undang itu.

“Hujahan perlu difailkan dalam masa dua minggu dan keputusan taksiran ganti rugi ditetapkan pada 8 Julai 2025,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 28 Mei tahun lepas, Rosmah, 73, memperoleh penghakiman ingkar daripada Mahkamah Tinggi di sini terhadap Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, yang dinamakan sebagai defendan, selepas lelaki itu gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan pada tarikh ditetapkan.

Rosmah, yang memfailkan saman itu pada 19 September 2023, mendakwa Ku Muhammad Hilmie memuat naik satu rakaman video di akaun TikTok milik defendan, yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar terhadap plaintif pada 22 Mac 2023.

Rosmah mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud beliau melakukan perbuatan berdosa, dikaitkan dengan aktiviti melibatkan syaitan, bomoh serta seorang individu yang jahat dan mengamalkan perbuatan syirik.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu memprejudiskan reputasinya selaku isteri Perdana Menteri Malaysia keenam dan penaung badan-badan amal di negara ini yang dikenali umum, selain dipandang serong oleh orang awam, dicemuh dan dihina sekali gus mencemarkan reputasinya selaku figura dikenali masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menuntut antara lain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta perintah yang dianggap sesuai oleh mahkamah.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kes bunuh Nurul Asikin dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuching
Next: Berlakon diculik, pelajar universiti warga China didenda RM17,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.