Saluran paip gas bawah tanah terbakar, berjaya dipadamkan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Satu saluran paip gas asli bawah tanah di kawasan perumahan  Riverview Park, Senadin di sini terbakar dalam kejadian malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata pihaknya mendapat panggilan kejadian kira-kira pukul 10.52 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kejadian,  didapati kebakaran dari kebocoran paip gas dalam tanah di situ.

“Pihak bomba mengambil masa lebih kurang sejam untuk mengawal kebakaran sebelum operasi tamat sepenuhnya jam 11.56 malam tadi,” katanya di sini. 

Henry berkata,  tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu. 

Gambar

Anggota bomba memadam kebakaran paip gas bawah tanah