Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saluran paip bocor punca gangguan air di Simanggang
  • Tengah
  • WILAYAH

Saluran paip bocor punca gangguan air di Simanggang

Utusan Sarawak 19 hours ago
JBALB turut menggerakkan penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas bagi mengurangkan kesulitan penduduk. Foto: JBALB Sri Aman

SIMANGGANG: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sri Aman mengesahkan gangguan bekalan air yang melibatkan beberapa kawasan di Bandar Simanggang berpunca daripada kebocoran saluran paip di tapak pembinaan jalan raya.

Menurut kenyataan JBALB Bahagian Sri Aman, antara kawasan terjejas ialah Jalan Foochow, Jalan Belimbing, Jalan RTM, Taman Lucky, Taman Tiong Hua serta SMK Simanggang, susulan masalah tekanan air rendah yang dikesan sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, kebocoran tersebut berlaku di kawasan tapak kerja pembinaan jalan di Jalan Astana dan Jalan Foochow yang berada di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sehubungan itu, JBALB telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air tidak berjadual yang disebarkan menerusi laman Facebook Rakan JBALB Sarawak, Facebook Rakan JBALB Bahagian Sri Aman serta aplikasi WhatsApp kepada kumpulan berkaitan pada 11 Disember lalu.

JBALB Bahagian Sri Aman memaklumkan pihaknya kini bekerjasama rapat dengan JKR bagi mempercepatkan kerja-kerja baik pulih, di mana JKR akan melaksanakan pembaikan segera terhadap paip yang bocor.

Dalam masa sama, JBALB turut menggerakkan penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas bagi mengurangkan kesulitan penduduk.

Orang ramai akan dimaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui Laman Facebook Rasmi JBALB Sarawak dan Rakan JBALB Bahagian Sri Aman.

Sebarang aduan atau pertanyaan boleh disalurkan kepada JBALB Call Centre di talian 082-262211.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RM171,000 Geran MRP perkasa pendidikan dan komuniti Bukit Begunan
Next: ADUN Machan galak lepasan SPM pilih bidang berpotensi cerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.