Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Salmonella punca lebih 300 kes keracunan makanan di Bandar HCM
  • GLOBAL

Salmonella punca lebih 300 kes keracunan makanan di Bandar HCM

Utusan Sarawak 6 hours ago
 
LEBIH 80 orang dimasukkan ke hospital selepas memakan ‘bánh mì’ dari sebuah gerai di Jalan Nguyễn Thái Sơn, Ward Hạnh Thông, Bandar Ho Chi Minh sehingga 8 November 2025.
SEORANG doktor merawat seorang pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas memakan ‘bánh mì’ di Hospital Rakyat Gia Định, Bandar Ho Chi Minh, November 2025. Foto ihsan hospital

HO CHI MINH CITY: Jumlah kes keracunan makanan selepas memakan “banh mi” (sandwic Vietnam) dari dua kedai di Bandar Ho Chi Minh meningkat kepada 316 orang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik Jabatan Kesihatan bandar itu.

Siasatan mendapati keracunan berpunca daripada bakteria “Salmonella enteritidis” dan “Salmonella spp.”, yang dikesan melalui darah dan najis pesakit.

Lebih 200 orang dimasukkan ke hospital minggu lalu dengan gejala seperti sakit perut, cirit-birit, muntah dan demam selepas makan banh mi dari kedai berkenaan.

Kebanyakan pesakit telah dibenarkan pulang, namun sekitar 60 orang masih dirawat.

Antara kes paling serius melibatkan seorang pesakit yang turut menghidap penyakit radang paru-paru, tekanan darah tinggi dan fibrilasi atrium. 

Pesakit itu dirawat di unit rawatan rapi di Hospital Rakyat Gia Dinh, tetapi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.- Bernama-VNA/VNS

Continue Reading

Previous: Piramid Giza jadi pentas karya seni antarabangsa
Next: 8 maut selepas kapal karam di Kalimantan Timur, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.