Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Salji tebal di seluruh Jepun, 35 maut
  • GLOBAL

Salji tebal di seluruh Jepun, 35 maut

Utusan Sarawak 15 hours ago
SALJI lebat menutupi bangunan dan jalan raya di utara Jepun, memaksa penduduk berjaga-jaga. Foto Agensi

TOKYO: Salji lebat yang melanda Jepun sejak 20 Januari mengakibatkan 35 kematian dan 358 kecederaan di seluruh Jepun, menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Bomba hari ini, lapor Xinhua.

Mangsa dilaporkan di pelbagai wilayah, termasuk Niigata, Akita, Yamagata, Hokkaido dan Aomori. Wilayah Niigata di pesisir Laut Jepun merupakan kawasan paling terjejas dengan 12 kematian dilaporkan setakat hari ini.

Menurut pihak bomba, banyak kematian berlaku semasa operasi membersihkan salji, termasuk terjatuh dari bumbung serta sakit mengejut semasa bekerja atau berehat.

Agensi Meteorologi Jepun menyatakan corak tekanan musim sejuk yang berterusan membawa salji lebat terutamanya di sebelah Laut Jepun, di bahagian utara dan barat Jepun. Penyiar awam NHK melaporkan salji terkumpul di sebahagian wilayah Aomori melebihi 4.3 meter, manakala beberapa kawasan di Niigata mencatat salji setebal hampir 3 meter.

Menurut Kyodo News, cuaca buruk ini juga turut merosakkan 14 bangunan kediaman. Dengan kenaikan suhu di kebanyakkan kawasan di Jepun, pihak berkuasa terus menasihatkan penduduk agar berhati-hati terhadap tanah runtuh, salji jatuh daripada bumbung dan gangguan lalu lintas.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Penembak bekas PM Jepun Shizo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Next: Pesawat Turkiye dari Kathmandu ke Istanbul mendarat cemas di Kolkata akibat masalah enjin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.