Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Salji sebabkan kesesakan lalu lintas 23km di lebuh raya barat Jepun
  • GLOBAL

Salji sebabkan kesesakan lalu lintas 23km di lebuh raya barat Jepun

Utusan Sarawak 2 days ago
SALJI tebal mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 23 kilometer (km) di sebuah lebuh raya di barat Jepun semalam.

HIROSHIMA: Salji tebal mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 23 kilometer (km) di sebuah lebuh raya di barat Jepun semalam, yang dipercayai melibatkan kira-kira 3,000 kenderaan terkandas semalaman, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik operator lebuh raya dan bomba tempatan.

Pihak polis tempatan memaklumkan satu panggilan kecemasan diterima kira-kira 7.20 malam pada Jumaat yang melaporkan sebuah kereta menggunakan tayar biasa terkandas dalam salji di satu seksyen di Lebuh Raya Sanyo, Wilayah Hiroshima.

Menurut polis, pemandu daripada sekurang-kurangnya empat kenderaan lain turut membuat panggilan serupa selepas terkandas di kawasan yang sama.

Pihak bomba berkata seorang lelaki berusia 30-an yang terperangkap dalam kesesakan itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami masalah telinga berdesing, pening dan loya.

Kesesakan itu berlaku ketika ramai pemandu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti sempena sambutan Tahun Baharu di kampung halaman.

Seorang wanita berusia 40-an menceritakan bahawa dia bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke Tokyo dari Wilayah Oita sebelum terperangkap selama kira-kira 12 jam bermula 7.30 malam pada Jumaat.

“Saya terperangkap di dalam terowong di mana tiada perkhidmatan talian telefon, dan saya merasa sangat bimbang,” katanya.

Syarikat West Nippon Expressway telah menutup sebahagian daripada kedua-dua lorong di antara wilayah Hiroshima dan Yamaguchi.

Agensi Meteorologi Jepun melaporkan salji tebal melanda kawasan berkenaan pada Jumaat bermula dari petang sehingga lewat malam. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tarian sukar, tradisi Kemboja terancam
Next: AS lancar serangan ke atas Venezuela, Maduro ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.