Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Salim Idris dua hari hilang belum ditemui
  • WILAYAH

Salim Idris dua hari hilang belum ditemui

Utusan Sarawak 2 years ago

Operasi mencari dan menyelamat Salim Idris berusia dalam lingkungan 70-an giat dilaksanakan oleh penduduk dari lima kampung dibantu pihak PDRM dan RELA.

BEKENU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang apabila gagal pulang ke rumah keluarganya di Kampung Tiris Masjid sehingga lewat malam tadi.

Berikutan resah akan kejadian itu, ahli-ahli keluarga mangsa membuat laporan polis meminta bantuan mencari mangsa dikenali sebagai Salim Idris yang berusia dalam lingkungan 70-an.

Penghulu Jalil ketika ditemui Utusan Sarawak di rumah mangsa berkata, mangsa tidak pulang ke rumah sejak 20 Mac lalu dan operasi mencari dan menyelamat telahpun dilakukan.

“Sebanyak lima kampung di sini bekerjasama untuk mencari mangsa.

“Lima kampung terbabit ialah Kampung Masjid, Kepayang, Pintasan, Lubok Buinih dan Tunah.

“Difahamkan beberapa penduduk di sini ada melihat kelibat mangsa di sekitar kawasan kampung iaitu di hulu dan hilir,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Kepayang (KK) Suip Karim berkata, operasi pencarian mangsa turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Pencarian dilakukan di sekitar Kampung Bulau (hilir) dan jalan ke Rumah Panjang Albion Tiris (hulu), jelasnya.

Datuk Rosey Yunus meluangkan masa mengunjungi di samping menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga mangsa di sini, semalam.

Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus pada masa sama meluangkan masa untuk mengunjungi di samping menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga mangsa di sini, semalam.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Konvensyen Autism Kebangsaan di Sibu 6-7 Mei depan
Next: Pihak berkuasa diminta atasi masalah bekalan air di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.