Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Salam Aidilfitri kepada semua muslimin, muslimat – Rt. Revd Datuk Danald Jute
  • TEMPATAN

Salam Aidilfitri kepada semua muslimin, muslimat – Rt. Revd Datuk Danald Jute

Utusan Sarawak 2 years ago

Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, Rt. Revd Datuk Danald Jute.

Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei
Rt. Revd Datuk Danald Jute

KUCHING: Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei, Rt. Revd Datuk Danald Jute mengucapkan Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di Sarawak dengan harapan lebaran kali ini memberi seribu makna buat semua.

Selain menjadi berkat bagi seluruh masyarakat Islam di Sarawak setelah sebulan mengharungi Ramadan.

“Saya mewakili Uskup Anglican sekali gus mewakili seluruh umat Anglican dengan penuh syukur dan tulus ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada saudara saudari umat Islam di Sarawak.

“Kami berharap sambutan pelbagai hari perayaan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil mengukuhkan ikatan persahabatan. 

“Semoga ibadah dan hari suci yang kita rayakan ini menjadi berkat bagi seluruh masyarakat Sarawak,” katanya menerusi satu siaran media hari ini.

“Semoga kita menggunakan peluang ini untuk berazam kekal harmoni dan menyebarluaskan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras dalam mencapai matlamat sebagai negeri dan negara yang aman dan harmoni.

 “Keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap kita,” katanya terutamanya buat keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga berkumpul bersama-sama dari dekat mahupun jauh, untuk meraikan Aidilfitri dengan gaya Malaysia.

Rt. Revd Datuk Danald Jute yang juga Pengerusi Persatuan Gereja-Gerja Bersatu di Sarawak mewakili umat Kristian pada masa sama, menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas ucapan perayaan Jumaat Agung dan Paskah baru-baru ini oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri, Premier Sarawak dan isteri.

Katanya lagi, inilah sebenarnya Malaysia – meraikan bersama-sama perayaan dan menghormati kepercayaan satu sama lain.

Continue Reading

Previous: Waspada, JPJ menyamar sebagai penumpang bas
Next: Enam kes positif Covid-19 varian XBB1.16 (Arcturus) dikesan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.