Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah wira Mesir, Osimhen bawa Nigeria ke suku akhir
  • SUKAN

Salah wira Mesir, Osimhen bawa Nigeria ke suku akhir

Utusan Sarawak 2 days ago

Mohamed Salah (tengah) meraikan jaringan gol ketiga Mesir ketika kemenangan masa tambahan ke atas Benin pada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal pagi tadi. Foto AFP

RABAT: Mohamed Salah muncul wira Mesir apabila menjaringkan gol pada masa tambahan untuk memastikan kemenangan 3-1 ke atas Benin sekali gus melayakkan Mesir ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), awal pagi tadi.

Dalam satu aksi mendebarkan pusingan 16 terakhir di Agadir, kapten Mesir itu meledak jaringan pada minit ke-124, memadam kebangkitan Benin yang enggan mengalah.

Mesir terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Marwan Attia pada minit ke-69 sebelum Benin mengejutkan lawan dengan gol penyamaan minit ke-83 hasil sentuhan Jodel Dossou.

Perlawanan berlarutan ke masa tambahan dengan Mesir kembali mendahului menerusi tandukan Yasser Ibrahim, sebelum Salah memastikan kemenangan mutlak dengan gol ketiganya dalam kejohanan ini.

Mesir, juara AFCON tujuh kali, kini akan menentang sama ada Ivory Coast atau Burkina Faso dalam aksi suku akhir, Sabtu ini.

“Tiada pasukan mudah dalam kejohanan ini. Benin lawan yang kuat dan saya mahu membanggakan rakyat Mesir,” kata jurulatih Mesir, Hossam Hassan.

Nigeria ‘amuk’ 4-0

Dalam satu lagi perlawanan, Victor Osimhen mempamerkan aksi bertenaga apabila menjaringkan dua gol ketika Nigeria membelasah Mozambique 4-0 di Fes.

Victor Osimhen menjaringkan dua gol ketika Nigeria mencatat kemenangan selesa ke atas Mozambique sekali gus melayakkan Super Eagles ke suku akhir. Foto AFP

Penyerang Galatasaray itu, yang kembali memakai topeng ikoniknya, mencetak nama sebagai penjaring dua gol selepas menerima hantaran cantik rakan sepasukan, Ademola Lookman.

Lookman terlebih dahulu membuka jaringan sebelum menjadi arkitek kepada semua gol Nigeria, termasuk gol keempat yang disudahkan Akor Adams.

Kemenangan besar itu menjadi yang terbesar Nigeria dalam perlawanan kalah mati AFCON sejak edisi 2010.

“Saya sangat gembira. Prestasi pasukan sangat baik dan kami harap dapat teruskan momentum ini,” kata Lookman yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan.

Nigeria akan berdepan Algeria atau Republik Demokratik Congo dalam aksi suku akhir di Marrakesh, Sabtu ini.

Mozambique pula pulang dengan bangga selepas mencipta sejarah mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama. – AFP

Continue Reading

Previous: Bagaimana era Ruben Amorim di United bertukar suram
Next: Liam Rosenior ketua jurulatih baharu Chelsea

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.