Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah pastikan Mesir mara
  • SUKAN

Salah pastikan Mesir mara

Utusan Sarawak 3 years ago

Egypt's players celebrate after winning the Africa Cup of Nations (CAN) 2021 round of 16 football match between Ivory Coast and Egypt at Stade de Japoma in Douala on January 26, 2022. (Photo by CHARLY TRIBALLEAU / AFP)

MOHAMED Salah berjaya menjaringkan sepakan penalti penentuan ketika juara tujuh kali Mesir menewaskan Ivory Coast 5-4 selepas seri 0-0 di Douala semalam untuk mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika 2021.

Bintang Liverpool itu menyempurnakan sepakannya dengan pemain Ivory Coast, Eric Bailly satu-satunya pemain yang gagal menyudahkan sepakan sekali gus memberi peluang bakal berhadapan Maghribi dalam pusingan lapan pasukan terakhir di Yaounde Isnin depan.

Ia merupakan perlawanan pusingan kedua yang menegangkan untuk tempoh yang lama dengan menyerupai pertarungan sengit di padang yang buruk di Stadium Japoma.

Bagaimanapun, pasukan kendalian Carlos Queiroz kini mara ke suku akhir walaupun hanya menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan di Cameroon setakat ini.

“Memandangkan banyak peluang yang kami ada, saya rasa kami layak untuk menang,” kata Queiroz, yang berkata dia nerada di bawah tekanan hebat walaupun jurulatih dari Portugal itu dikritik kerana melatih Mesir.

“Ia adalah sebahagian daripada pakej. Pemain dan jurulatih profesional tidak boleh hidup tanpa tekanan. Ia adalah sumber inspirasi,” ujarnya lagi.

Ini merupakan pertemuan Piala Negara-Negara Afrika ke-11 kedua-dua pasukan dengan Mesir hanya tewas sekali kepada Ivory Coast.

Continue Reading

Previous: Misi bangkit kembali
Next: Cameroon, Burkina Faso ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.