Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah, Ngumoha reda krisis Liverpool
  • SUKAN

Salah, Ngumoha reda krisis Liverpool

Utusan Sarawak 10 hours ago

Mohamed Salah meraikan jaringan pertama di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris sejak November.Foto AFP.

LIVERPOOL: Bintang meningkat naik Rio Ngumoha bergandingan dengan legenda yang bakal meninggalkan kelab, Mohamed Salah, untuk meredakan tekanan ke atas Arne Slot apabila gol kedua-duanya memastikan kemenangan 2-0 ke atas Fulham sekali gus menamatkan tiga kekalahan berturut-turut The Reds awal pagi ini.

Salah sebelum ini langsung tidak diturunkan ketika Liverpool tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA pertengahan minggu.

Slot menjelaskan beliau menyimpan tenaga pemain berusia 33 tahun itu untuk perlawanan yang lebih memihak kepada penguasaan bola. 

Keputusan itu nyata berhasil apabila Salah meledak gol sulung di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris sejak lebih lima bulan lalu.

Minggu ini juga menyaksikan Andy Robertson mengumumkan bakal meninggalkan kelab selepas sembilan tahun gemilang.

Namun ketika penyokong merindui era kegemilangan di bawah Jurgen Klopp, kemunculan Ngumoha memberi sinar baharu buat masa depan Liverpool.

Rio Ngumoha muncul penjaring termuda Liverpool di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris.Foto AFP

Pemain berusia 17 tahun itu akhirnya mencipta sejarah sebagai penjaring termuda Liverpool di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris apabila meloloskan diri daripada kawalan sebelum melakukan rembatan lencong menarik pada minit ke-36.

Empat minit kemudian, Salah menambah derita pelawat dengan jaringan ke-256 beliau bersama Liverpool.

Cabaran lebih besar menanti anak buah Slot pada Selasa apabila mereka cuba bangkit menentang PSG dalam aksi timbal balik Liga Juara-Juara.

Kemenangan ini sekurang-kurangnya memberi ruang bernafas dalam perebutan tempat ke saingan Eropah musim depan. 

Liverpool kekal di tangga kelima, kini empat mata di depan Chelsea yang akan menentang Manchester City.

Kekalahan pula menjejaskan harapan Fulham untuk ke pentas Eropah apabila mereka jatuh ke tangga ke-11.

Tekanan terhadap Slot masih belum reda sepenuhnya apabila sebahagian penyokong melaungkan nama Xabi Alonso susulan kekalahan besar kepada City dalam aksi suku akhir Piala FA minggu lalu.

Pada masa sama, penyokong turut mengadakan protes terhadap kenaikan harga tiket yang dirancang bagi tiga musim akan datang. – AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal tergelincir, City kembali hidupkan saingan kejuaraan
Next: Arteta gesa Arsenal bangkit selepas ‘tamparan hebat’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.