Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah kembali temui sentuhan, Liverpool mara ke pusingan kelima Piala FA
  • SUKAN

Salah kembali temui sentuhan, Liverpool mara ke pusingan kelima Piala FA

Utusan Sarawak 5 hours ago

Mohamed Salah dan Virgil van Dijk. Foto AFP

LONDON: Mohamed Salah kembali menemui sentuhan apabila menjaringkan satu gol ketika Liverpool membenam Brighton & Hove Albian 3-0 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA awal pagi tadi.

Brighton yang sebelum ini menyingkirkan Manchester United pada pusingan ketiga gagal meneruskan momentum apabila mudah ditewaskan di Anfield.

Liverpool yang berdepan krisis kecederaan pertahanan terpaksa menurunkan Curtis Jones di posisi bek kanan, namun percaturan itu menjadi apabila beliau membuka tirai jaringan hasil hantaran Milos Kerkez.

Salah yang bergelut dengan prestasi musim ini tampil lebih meyakinkan pada babak kedua apabila mencipta bantuan gol buat Dominik Szoboszlai sebelum menyempurnakan sepakan penalti untuk gol ke-252 bersama The Reds.

Kemenangan itu turut menyaksikan kapten Virgil van Dijk mengetuai benteng Liverpool dengan kemas bagi memastikan gawang tuan rumah tidak dibolosi. — AFP

Continue Reading

Previous: Piala Malaysia: Kuching City sah ke separuh akhir dengan agregat 6-2

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.