Mohamed Salah. Foto AFP
LONDON: Mohamed Salah disenaraikan semula dalam skuad Liverpool bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton di Anfield, malam ini, selepas mengadakan perbincangan dengan pengurus Arne Slot, menurut laporan media Britain.
Perkembangan itu menyusul selepas Slot menegaskan beliau akan membuat keputusan terbaik demi kepentingan kelab, susulan kenyataan terbuka Salah minggu lalu yang menimbulkan persoalan mengenai hubungan mereka dan masa depan pemain itu di Anfield.
Salah sebelum ini diketepikan daripada skuad Liga Juara-Juara ke atas Inter Milan, selepas mendakwa dirinya tidak diberi layanan adil dan mengakui hubungannya dengan Slot tidak baik.
Penyerang berusia 33 tahun itu dijadual menyertai skuad Mesir ke Piala Negara-Negara Afrika selepas perlawanan ini, manakala Liverpool kini berada di tangga ke-10 liga selepas hanya dua kemenangan daripada 10 perlawanan terakhir. – AFP