Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Salah jadi wira selamatkan Mesir saat akhir
  • SUKAN

Salah jadi wira selamatkan Mesir saat akhir

Utusan Sarawak 5 hours ago

Mohamed Salah (tengah) menjaringkan gol kemenangan dramatik buat Mesir ke atas Zimbabwe pada aksi Piala Negara-Negara Afrika di Agadir. Foto AFP

AGADIR (Magribi): Mohamed Salah muncul penyelamat apabila menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memastikan Mesir menang tipis 2-1 ke atas Zimbabwe dalam aksi mendebarkan Kumpulan B Piala Negara-Negara Afrika awal pagi tadi.

Perlawanan yang dijangka mudah buat juara tujuh kali itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Zimbabwe terlebih dahulu mengejutkan stadium pada minit ke-20 menerusi Prince Dube, yang menewaskan penjaga gol Mohamed El Shenawy dengan rembatan rendah ke penjuru gawang.

Mesir bagaimanapun terus mengasak dengan serangan bertali arus, namun pertahanan kental Zimbabwe dan aksi cemerlang penjaga gol veteran Washington Arubi mengekang kebangkitan Raja Afrika itu sepanjang separuh masa pertama.

Kebuntuan akhirnya terlerai pada minit ke-63 apabila Omar Marmoush memanfaatkan ruang di belakang pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan dari sudut sempit untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Ketika keputusan seri seakan muktamad, Salah tampil wira apabila menyambar bola muntah dalam kotak penalti pada masa tambahan, sebelum melepaskan sepakan tepat ke penjuru gawang bagi menghadiahkan kemenangan berharga buat Mesir.

Keputusan itu menyaksikan Mesir mengutip tiga mata pertama dan kini terikat mata dengan Afrika Selatan di puncak kumpulan, sekali gus meredakan tekanan ke atas Salah yang sebelum ini berdepan spekulasi masa depan bersama kelabnya, Liverpool. – AFP

Continue Reading

Previous: Ranking Harimau Malaya jatuh lima anak tangga, kini di kedudukan ke-121

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.