Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Saksi dengar dentuman kuat, jeritan anggota FRU
  • SEMASA

Saksi dengar dentuman kuat, jeritan anggota FRU

Utusan Sarawak 11 hours ago

WARIS dan kenalan mangsa mula berkumpul di pekarangan unit forensik Hospital Teluk Intan ekoran kejadian kemalangan yang membabitkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. FOTO AFP

TELUK INTAN: Dentuman kuat kedengaran sebelum suasana berubah menjadi kelam-kabut apabila anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas semasa cuba menyelamatkan rakan yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan pasir di sini, pagi tadi.

Peniaga gerai makan Airul Amri Abd Hamid, 31, semasa menceritakan peristiwa itu berkata beliau sedang membuat persiapan untuk membuka gerai apabila tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat sekitar 8.50 pagi, menyebabkan beliau bergegas ke lokasi kejadian.

“Keadaan agak kelam-kabut kerana ramai anggota di lokasi. Mereka (lori pasukan) berkonvoi, dan apabila sebuah daripada kenderaan terlibat kemalangan, kenderaan lain di depan berhenti untuk membantu.. ramai menjerit melihat rakan mereka terlibat (kemalangan).

“Suasana begitu pilu melihat mereka berusaha membantu rakan, dan ada mangsa dari kenderaan FRU terbabit yang masih bernafas. Anggota FRU yang lain bantu mengangkat dan menyusun rakan mereka di tepi jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Airul Amri berkata beliau turut melihat ada anggota FRU berkenaan tersepit dalam kenderaan.

Sementara itu seorang pembantu gerai Noor Ain Asyiqin Abdul Khalel, 38, berkata beliau melihat ramai anggota FRU bergegas turun dari sebuah lagi lori pasukan itu dan berlari ke arah kenderaan yang terbalik akibat kemalangan itu.

“Mereka berlari sambil menjerit Allahuakbar dan ada memanggil nama rakan mereka. Memang dengar orang meraung dan menangis kerana ada (anggota) yang sampai di lokasi beritahu terdapat mangsa sudah pucat dan parah,” katanya.

Beliau berkata kawasan itu memang sering berlaku kemalangan dengan tiga kejadian berlaku dalam tempoh enam bulan, namun beliau berkata insiden hari ini paling menyayat hati kerana melibatkan kehilangan nyawa.

Pagi tadi Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena Hari Wesak di sini.

Semua mayat terlibat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat. — Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak bakal miliki pegangan lebih besar dalam LNG
Next: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas FRU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.