Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Sajak
  • WBS

Sajak

Utusan Sarawak 23 hours ago



Origami


Asalnya sekeping kertas

dilipat mengikut gaya barat

terbentuk seekor burung

namun ia enggan terbang

tidak lengkap tanpa bulu pelepah

lalu lipatan dibuka semula

Dari kertas menanggung jejas

dilipat pula gaya timur

terbentuk sekuntum bunga

namun kumbang enggan singgah

tidak sempurna tanpa aroma

 lalu lipatan dibuka semula

Kini tubuhnya kian parah

 bahana tangan-tangan gagah

yang enggan dipersalah

dilipatlah ia demi maruah

menelan segala tohmah

menjadi seni yang punah

Rawjie

23/10/2025

SK Orang Kaya Muda Pakeri, Paloh

Taklif di Lidah Lelaki

Lelaki biasanya bukan celupar,
Fikirnya hadir sebelum melontar
Kata terbit bukan sembarangan,
Ditimbang akal sebelum diujar.

Kerana talak bukan pada wanita,
Jika tidak berderet duda di dunia
Taklif di bahu ketua keluarga,
Lelaki berhati sebelum berkata.

Mirza Syazani,

Kuching.

Ruang Melankolis

Ruang melankolis

lampu samar-samar

kotak nostalgia fikiran berlayar

nostalgis

Sekali lagi mengingat pada yang telah tiada

jarum menggesek pita

lagu yang mengenang kita

memori lalu yang menggigit jiwa

tragis

kalau saja dapat kembalikan semua

memori dan masa

tapi bukanlah kudrat siapapun

melawan kehendak yang Esa

bahkan bukan magis.

Nurul Asyikin

Kampung Pulau Melayu, Miri.

Continue Reading

Previous: Pesan di Penghujung Musim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.