Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Sajak
  • WBS

Sajak

Utusan Sarawak 2 days ago

Itu Milik Kita

Konfrontasi itu kejam fitrahnya

Meragut rasa percaya atma

Menoktah semangat bersaudara,

Hiba, kecewa akhirnya.

Tanah itu milik kita,

Bukan penjarah yang empunya,

Berdirilah pertahankannya,

Gusar nanti kita sengsara.

Pewaris wangsa kemudian hari,

Mungkin duduk mungkin berdiri,

Mungkin aristokrat atau rakyat murba,

Hanya mereka merasakannya.

Jika digadai pusaka ini,

Di mana hasil tanah ardi?

Ke mana pergi mereka nanti?

Jangan dibiar anak cicit meratapi,

Menangisi nasib di tanah sendiri.

Ara Sahara

Limbang, Sarawak.

Yang Tergantung di Antara

kata burung

dia patut menikmati buah

kerana bersarang di dahannya

kata ulat

dia layak memakan buah

kerana berumah di perutnya

kata pokok

buahnya tidak wajar dimakan

kerana ia lahir dari tubuhnya

akhirnya

buah gugur dipetik graviti

dan tanah pun menelan isinya

sambil menggelengkan kepala

Abu Adil

Sunyi di Balik Hujan

Di balik jendela basah,

aku menatap langit yang rebah,

setitis demi setitis jatuh,

bagai rindu yang tak dibalas.

Waktu pun enggan berbicara,

jam berdetak tanpa makna,

dan kau, yang dulu cahaya,

tinggal bayang dalam dada.

Aku cuba menulis namamu

pada cermin yang berkabut,

namun hurufnya luntur,

seperti janji yang tak sempat ditunai.

Kesedihan ini bukan air mata,

ia sunyi yang tak tahu reda,

menyelinap dalam doa,

dan tinggal sebagai luka.

Tapi biarlah,

biarlah hujan terus bicara,

kerana hanya dia yang tahu

bagaimana rasanya kehilangan — tanpa suara.

Amelia Chen Siew Ling

SM Citizen

Continue Reading

Previous: Menggantung “Dzanbun” pada Kota Kata-kata yang Tidak Sempurna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.