Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Saintis UMS temukan spesis kulat ‘bertanduk’ pertama di dunia 
  • INSPIRASI

Saintis UMS temukan spesis kulat ‘bertanduk’ pertama di dunia 

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENYELIDIK dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah dalam dunia sains apabila menemukan spesis kulat baharu yang menyerupai tanduk di Kawasan Pemuliharaan Danum Valley di Lahad Datu, baru-baru ini.

LAHAD DATU: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah dalam dunia sains apabila menemukan spesis kulat baharu yang menyerupai tanduk di Kawasan Pemuliharaan Danum Valley di Lahad Datu, baru-baru ini.

Spesis yang dinamakan Pleurocordyceps cornusynnemata itu disahkan sebagai penemuan pertama seumpamanya di dunia menerusi penerbitan dalam jurnal taksonomi antarabangsa Phytotaxa, semalam.

Menurut Prof Madya Dr Jaya Seelan Sathiya Seelan dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS, kulat berkenaan mempunyai struktur fizikal menyerupai tanduk, sekali gus membezakannya daripada 26 spesies lain dalam genus Pleurocordyceps yang sebelum ini direkodkan di China, Thailand dan Jepun.

PENYELIDIK dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah dalam dunia sains apabila menemukan spesis kulat baharu yang menyerupai tanduk di Kawasan Pemuliharaan Danum Valley di Lahad Datu, baru-baru ini.

“Dalam kajian sama, pasukan turut merekodkan dua lagi spesies iaitu Pleurocordyceps aurantiaca dan Pleurocordyceps nipponica yang merupakan rekod baharu di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kajian berkenaan diketuai beliau bersama dua pelajar pascasiswazah Muhammad Shahbaz (PhD) dan Firdza Zulkarnain Mohadden (Sarjana), serta penyertaan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Yap Jing Wei dan pelajar Jeremiah Sia Yiao Rong, selain seorang saintis warganegara Elyse Yang. 

Spesimen kulat itu kini disimpan di pusat rujukan BORNEENSIS IBTP UMS sebagai bahan rujukan saintifik pada masa akan datang.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor dalam kenyataan sama berkata penemuan berkenaan membuktikan keupayaan saintis tempatan menerajui penyelidikan berimpak tinggi di peringkat antarabangsa.

PENYELIDIK dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah dalam dunia sains apabila menemukan spesis kulat baharu yang menyerupai tanduk di Kawasan Pemuliharaan Danum Valley di Lahad Datu, baru-baru ini.

Beliau berkata kejayaan itu turut selari dengan aspirasi universiti melalui gagasan The Brain of Borneo dalam memperkasa penerokaan serta pemuliharaan khazanah biodiversiti Sabah.

Dalam pada itu, Pengarah IBTP Prof Madya Dr Fiffy Hanisdah Saikim pula menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil pembangunan bakat penyelidik muda, selain membuktikan hutan hujan tropika Sabah masih kaya dengan spesies yang belum diterokai sepenuhnya.

Kajian berkenaan menerima sokongan geran UMSGREAT serta kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah dan Yayasan Sabah melalui Projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

-Bernama  

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Topi lusuh ‘hidup’ semula, rezeki anak muda dalam servis baik pulih topi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.