Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Saintis rakam bukti pertama jerung hasilkan bunyi
  • GLOBAL

Saintis rakam bukti pertama jerung hasilkan bunyi

Utusan Sarawak 2 months ago

WELLINGTON: Penyelidik merekodkan apa yang dipercayai sebagai bukti pertama jerung berupaya menghasilkan bunyi, lapor agensi berita Jerman dpa memetik kajian terbaharu yang diterbitkan.

Dalam kajian itu, saintis berjaya merakam jerung rig New Zealand (mustelus lenticulatus), spesies jerung kecil yang ditemui di perairan pesisir sekitar negara itu, mengeluarkan bunyi klik ketika dikendalikan di dalam air.

Saintis percaya itu adalah kes pertama yang didokumentasikan mengenai penghasilan bunyi secara aktif oleh seekor jerung.

Dalam kajian selama 11 bulan itu membabitkan 10 ekor jerung rig muda – lima betina dan lima jantan.

Bunyi terbabit dirakam dalam tangki plastik eksperimen yang direka khas untuk tujuan penyelidikan.

Pasukan penyelidik yang diketuai Carolin Nieder dari Woods Hole Oceanographic Institution di Amerika Syarikat mendapati bahawa secara purata, jerung menghasilkan lebih banyak bunyi klik dalam 10 saat pertama selepas dikendalikan, berbanding 10 saat berikutnya.

Mereka percaya bunyi itu berpunca daripada gerakan gigi leper jerung rig yang saling bertemu.

Hipotesis dibuat berdasarkan bentuk morfologi gigi jerung rig serta ciri-ciri bunyi yang dihasilkan, berdurasi pendek (48 milisaat) dan mempunyai frekuensi (2.4-18.5 kHz).

Bagaimanapun, penyelidik menegaskan lebih banyak kajian diperlukan bagi mengesahkannya.

Tujuan sebenar bunyi klik itu masih belum dapat dipastikan, namun ia mungkin dihasilkan sebagai tindak balas terhadap gangguan atau tekanan.

Kajian lanjut mengenai tingkah laku jerung diperlukan untuk memahami fenomena itu dengan lebih mendalam.

Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Royal Society Open Science. – Bernama-DPA

Continue Reading

Previous: Israel enggan serah kawalan penuh Masjid Ibrahimi untuk sambut lailatulqadar
Next: Kebakaran hutan: Angka korban meningkat kepada 24

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.