Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Saintis Jepun Sakaguchi, Kitagawa terima Anugerah Nobel di Stockholm
  • GLOBAL

Saintis Jepun Sakaguchi, Kitagawa terima Anugerah Nobel di Stockholm

Utusan Sarawak 3 hours ago
SUSUMU Kitagawa menerima hadiah Nobel dalam kimia semasa majlis penyampaian anugerah di Stockholm pada 10 Disember 2025. (Kyodo)

STOCKHOLM: Dua saintis Jepun, Shimon Sakaguchi dan Susumu Kitagawa pada Rabu menerima Hadiah Nobel di Stockholm atas pencapaian masing-masing dalam bidang perubatan dan kimia, lapor Kyodo News.

Raja Sweden Carl XVI Gustaf menyampaikan pingat emas dan diploma kepada Sakaguchi, profesor terkemuka berusia 74 tahun dari Universiti Osaka dan Kitagawa, profesor terkemuka berusia 74 tahun dari Universiti Kyoto, dalam majlis penyampaian anugerah di Stockholm Concert Hall.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun penyelidik Jepun menerima Hadiah Nobel dalam dua bidang berbeza pada tahun yang sama.

Sakaguchi, penerima Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan, diiktiraf kerana menemui sel T pengawal (regulatory T cells atau Tregs) yang menghalang sel T lain daripada menyerang sel sihat tubuh, sekali gus membuka laluan kepada rawatan baharu bagi penyakit autoimun, kanser dan pelbagai penyakit lain.

Kitagawa pula menerima Hadiah Nobel Kimia atas pembangunan bahan berliang yang dikenali sebagai rangka logam-organik (metal-organic frameworks), yang mampu menyimpan dan melepaskan gas seperti metana dan nitrogen.

“Ini satu penghormatan yang sangat besar dan hari ini menjadi detik istimewa dalam hidup saya,” kata Sakaguchi kepada wartawan selepas majlis. 

Setiap Hadiah Nobel disertakan ganjaran sebanyak 11 juta kronor (US$1.2 juta). 

Kedua-duanya berkongsi anugerah dengan dua lagi penyelidik dalam bidang masing-masing.

Dengan itu, Jepun kini mempunyai 31 penerima Hadiah Nobel, termasuk Nihon Hidankyo, kumpulan utama mangsa terselamat bom atom di Jepun yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan tahun lalu.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Feri penumpang kemudi sendiri pertama dunia mula beroperasi di barat Jepun
Next: Pertempuran kian memuncak di sempadan Kemboja–Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.