Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Saintis Australia temukan fosil tiga marsupial karnivor yang tidak diketahui sains
  • GLOBAL

Saintis Australia temukan fosil tiga marsupial karnivor yang tidak diketahui sains

Utusan Sarawak 19 hours ago
Gambar hiasan.

ANKARA: Saintis Australia telah menemukan fosil tiga marsupial karnivor yang hidup berjuta-juta tahun dahulu dan sebelum ini tidak diketahui dalam bidang sains, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut kenyataan Universiti New South Wales (UNSW) Australia yang menjalankan kajian itu, marsupial berkenaan hidup 25 juta tahun dahulu di kawasan yang kini merupakan bahagian utara negeri Queensland.

Kajian itu diterbitkan dalam ‘Historical Biology’, sebuah jurnal kajian semula setara di Britain.

Penemuan itu mendedahkan bahawa Australia purba menjadi habitat kepada lebih banyak marsupial karnivor daripada yang pernah difikirkan.

Menurut UNSW, fosil itu tergolong dalam kumpulan yang dikenali sebagai ‘malleodectids’ – marsupial dengan premolar belakang yang besar dan berbentuk tukul, disesuaikan untuk menghancurkan cangkerang keras siput bagi memakan isinya yang lembut.

Makhluk itu hidup pada zaman ketika kawasan berkenaan beriklim panas, lembap dan dipenuhi hutan.

Fosil gigi menunjukkan bahawa marsupial pemakan siput itu berevolusi secara perlahan selama berjuta-juta tahun seiring dengan iklim yang lebih panas dan lembap serta hutan yang lebih kaya dengan pelbagai jenis mangsa.

Menurut Timothy Churchill, ahli paleontologi UNSW dan penulis utama kajian itu, ‘Malleodectids’ hidup selama sekurang-kurangnya 15 juta tahun, memenuhi pelbagai peranan sebagai pemangsa, termasuk peranan khusus dan kini tidak lagi diamalkan oleh marsupial Australia, seperti memakan siput.

“Gambaran yang muncul ini mengubah tanggapan lama bahawa Australia didominasi oleh marsupial “ringkas” manakala reptilia menguasai ekosistem,” kata Churchill.

-Bernama-Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Semeru di Indonesia meletus pada Rabu, pancutkan debu setinggi 800 meter
Next: Hakim ‘paling baik di dunia’ Frank Caprio meninggal dunia akibat kanser

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.