Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Saintis Australia jumpa biopenanda baharu bantu rawat kanser ovari
  • KESIHATAN

Saintis Australia jumpa biopenanda baharu bantu rawat kanser ovari

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan

CANBERRA: Saintis di Australia menemukan biopenanda baharu yang boleh membantu mengesan dan merawat kanser ovari dan boleh meningkatkan hasil dengan ketara bagi wanita yang didiagnosis penyakit agresif itu, lapor Xinhua.

Penemuan itu dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Australia Selatan (UniSA), yang mengenal pasti sejenis reseptor pada permukaan sel dinamakan F2R.

Reseptor itu didapati sangat aktif dalam tisu kanser ovari, terutamanya pada pesakit yang penyakitnya telah merebak atau tidak lagi memberi tindak balas terhadap rawatan kemoterapi

Ketua penyelidik, Hugo Albrecht berkata penemuan ini penting kerana kebanyakan biopenanda sedia ada tidak cukup sensitif untuk mengesan kanser ovari pada peringkat awal.

“F2R mungkin menjadi kunci baharu untuk membantu doktor membuat diagnosis lebih tepat dan membangunkan rawatan peribadi bagi pesakit kanser yang sukar dirawat,” katanya.

Kajian yang diterbitkan dalam “International Journal of Molecular Sciences” itu turut mendapati pesakit yang mempunyai tahap F2R lebih tinggi cenderung mempunyai jangka hayat lebih pendek, menekankan nilainya sebagai penunjuk prognostik.

Namun, apabila aktiviti F2R dikurangkan, sel kanser menjadi kurang agresif dan lebih mudah dirawat dengan ubat kemoterapi seperti carboplatin.

Rakan penyelidik dari Universiti Adelaide, Carmela Ricciardelli berkata ujian terhadap F2R boleh membantu mengenal pasti pesakit yang berisiko tinggi untuk mengalami kanser berulang atau ketahanan ubat.

“Ia juga membuka peluang untuk mereka bentuk rawatan baharu yang lebih berkesan,” katanya.

Para saintis percaya penemuan ini boleh membawa kepada pembangunan ujian diagnostik dan rawatan peribadi yang lebih baik pada masa depan, namun menegaskan kajian klinikal berskala besar masih diperlukan sebelum ia boleh digunakan secara meluas.

Kanser ovari merupakan antara penyakit paling berbahaya bagi wanita di seluruh dunia, dengan lebih 200,000 kematian setiap tahun, kebanyakannya kerana dikesan pada peringkat lewat selepas kanser merebak ke bahagian lain badan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Sejuta penduduk Malaysia hadapi tekanan mental — Dr Veronica

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.