Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Saintis Australia hasilkan kulit manusia yang berfungsi sepenuhnya
  • GLOBAL

Saintis Australia hasilkan kulit manusia yang berfungsi sepenuhnya

Utusan Sarawak 1 day ago
Gambar hiasan.

SYDNEY: Sekumpulan saintis Australia berjaya membangunkan kulit manusia berfungsi sepenuhnya dengan bekalan darah di makmal, yang pertama seumpamanya di dunia, lapor Xinhua.

Penyelidik menggunakan sel stem untuk menghasilkan kulit yang mengandungi saluran darah, kapilari, folikel rambut, saraf, lapisan tisu serta sel imun, sekali gus membuka jalan baharu bagi rawatan lebih baik terhadap penyakit kulit, luka melecur dan graf kulit, menurut kenyataan yang dikeluarkan Universiti Queensland (UQ) Australia pada Khamis.

“Inilah model kulit paling menyerupai kulit hidup yang pernah dibangunkan di dunia dan ia akan membolehkan kami mengkaji penyakit serta menguji rawatan dengan lebih tepat,” kata penyelidik utama kajian itu, Abbas Shafiee, pakar kejuruteraan tisu dan perubatan regeneratif dari Institut Frazer, UQ.

Pasukan penyelidik menggunakan kemajuan terkini dalam kajian sel stem untuk menghasilkan “skin organoid” tiga dimensi, sebelum mereka bentuk saluran darah kecil yang membolehkan tisu berkembang seperti kulit manusia sebenar, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal “Wiley Advanced Healthcare Materials”.

“Kami mengambil sel kulit manusia dan menukarkannya kembali kepada sel stem, yang kemudiannya boleh ditukar menjadi sebarang jenis sel dalam tubuh. Model ini mengambil masa enam tahun untuk dibangunkan,” kata Shafiee.

-Bernama-Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gegaran lemah di Bangkok susulan gempa 5.4 di pesisir Myanmar
Next: Bandar Toyoake di Jepun cadang hadkan guna telefon pintar dua jam sehari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.