SAINS jalin kerjasama strategik dengan UiTM Sarawak, 8nabler dan Huawei

Facebook
WhatsApp
KERJASAMA…Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SAINS dan Huawei pada Program Digital Government Exchange 2026 (DGX26) hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) memperkukuh kerjasama dalam bidang digital menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga rakan strategik, hari ini.

Tiga rakan strategik berkenaan ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, 8nabler dan Huawei, melibatkan kerjasama merentasi sektor akademia serta industri.

Pertukaran MoU itu berlangsung pada program Digital Government Exchange 2026 (DGX26) anjuran SAINS di sebuah hotel terkemuka di sini.

SAINS dan 8nabler memeterai persefahaman bagi memperkukuh kerjasama strategik pada Program Digital Government Exchange 2026 (DGX26) hari ini. Foto Norman B

Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan antara akademia dan industri, selain membuka peluang baharu dalam bidang inovasi, pertukaran pengetahuan, pembangunan keupayaan serta kemajuan digital.

Pertukaran MoU berkenaan turut menjadi sebahagian daripada usaha SAINS memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam meneroka penyelesaian teknologi dan mempercepat pembangunan digital.

Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Busiai Seman berkata, DGX26 menjadi platform penting dalam menghimpunkan pemimpin kerajaan, industri dan teknologi untuk berkongsi idea, pengalaman serta meneroka penyelesaian praktikal bagi kerajaan digital.

SAINS dan UiTM memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas kerjasama strategik pada Program Digital Government Exchange 2026 (DGX26), hari ini. Foto Norman B

Menurutnya, platform berkenaan diharap dapat memperkukuh kerjasama dan mempercepat penggunaan teknologi bagi menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik, cekap serta inklusif kepada rakyat.

DGX26 yang julung kali dianjurkan SAINS turut memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI), tadbir urus berasaskan data, pendekatan ‘Pendekatan Seluruh Kerajaan’, kerjasama serantau, ekonomi digital serta kesalinghubungan luar bandar dan perkhidmatan digital inklusif.

Menerusi DGX26 dan kerjasama strategik berkenaan, SAINS terus memberi tumpuan kepada usaha menterjemahkan perkongsian idea kepada kerjasama bermakna, penyelesaian praktikal serta peluang baharu ke arah perkhidmatan awam yang lebih berkesan dan bersedia menghadapi masa depan.

Oleh Norman B

IDECS26 fokus teknologi baharu Sarawak

KUCHING: Sarawak bakal mengetengahkan perkembangan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, teknologi mendalam dan ekonomi angkasa menerusi Persidangan Ekonomi