Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Saingan ditangguh
  • SUKAN

Saingan ditangguh

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN PKS… Ramachandran A/L Ramasamy.

KEJOHANAN Kabaddi Remaja Wanita Dunia yang dijadual berlangsung September depan mungkin terpaksa ditangguh ke satu tarikh baharu yang akan diumum kelak.

Ia berikutan situasi persekitaran negara yang masih belum selamat dengan kebimbangan viru berbahaya, pandemik Covid-19.

Presiden Persatuan Kabaddi Sarawak (PKS), Ramachandran A/L Ramasamy memberitahu, mengikut jadual ditetapkan sebelum ini kejohanan bertaraf dunia itu dijadual berlangsung September nanti.

Bagaimanapun, disebabkan situasi negara yang masih belum selama sepenuhnya yang turut menjurus keputusan untuk menangguh kejohanan terbabit.

“Pihaknya sudah memuktamadkan keputusan untuk menangguhkan kejohanan bertaraf dunia itu pada satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak,” tegas Ramachandan ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.

Menurut beliau, diharap musibah yang menghadir ketakutan kepada seluruh masyarakat dunia ini akan pulih sepenuhnya.

Sementara itu, sejumlah 16 negara mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan kali pertama dianjurkan itu.

Negara terbabit ialah Thailand, Vietnam, Arab Saudi, Sri Lanka, Pakistan, India, Korea Selatan, Taiwan, China, Iran, Bangladesh, Jepun, Indonesia, Singapura dan Malaysia selaku tuan rumah.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Lampard beri amaran kepada Abraham
Next: PDRM intai peluang kekal bersaing di Liga Super

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.