KUCHING: Kerusi Parlimen P193 Santubong menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.
Calon GPS, Dato Sri Nancy Shukri berdepan calon Bebas, Affendi Jeman dan Mohamad Zen Peli mewakili Parti AMANAH.
Nancy diiringi lebih 500 penyokong tiba di pusat penamaan calon, Dewan Sri Merpati Institut Kemahiran Mara Kuching pada kira-kira 8.20 pagi tadi.
Turut mengiringi beliau ialah penyandang kerusi Parlimen Santubong Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ADUN Pantai Damai Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, ADUN Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan dan ADUN Demak Baru Hazland Abang Hipni.
Sementara itu, calon Bebas, Affendi bersama lebih 100 penyokong tiba 20 minit kemudian.