Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Saham PCCEPI dilupuskan kepada Savannah Energy
  • BISNES

Saham PCCEPI dilupuskan kepada Savannah Energy

Utusan Sarawak 3 years ago
PETRONAS Carigali Chad Exploration & Production Inc (PCCEPI)

KUALA LUMPUR: Petronas (E&P) Overseas Venture Sdn Bhd telah melupuskan kesemua pegangan sahamnya dalam Petronas Carigali Chad Exploration & Production Inc (PCCEPI) yang juga anak syarikatnya di Chad, Afrika, kepada Savannah Energy Chad Limited.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata penjualan itu termasuk pemindahan saham dan kepentingan PCCEPI dalam Petronas Carigali Chad (EP) Inc, DOBA Pipeline Investment Inc (pemegang saham dalam kedua-dua Tchad Oil Transportation Company dan Cameroon Oil Transportation Company), dan Petronas Chad Marketing Inc kepada Savannah Energy Chad Limited.

“Bagi cadangan transaksi itu, Petronas mendapat nasihat daripada Jefferies International Limited. Pada masa ini, urus niaga terbabit sedang menunggu kelulusan kawal selia dan memenuhi syarat-syarat terdahulu termasuk mendapat kelulusan Kementerian Petroleum dan Tenaga Chad.

“Cadangan ini juga seiring dengan strategi bagi merealisasikan aset Petronas yang dirangka menerusi semakan semula pelaburan agar sejajar dengan hasrat pertumbuhan dalam persekitaran industri yang berubah selain dapat melonjakkan peralihan tenaga,” katanya.

Menurutnya, Petronas juga kekal untuk menumpukan portfolio yang mantap dengan risiko lebih mampan dan pulangan baik ketika ia berkembang kepada perniagaan bukan tradisional, termasuk tenaga baharu dan boleh diperbaharui bagi menambah baik profil karbon selain meningkatkan agenda kemampanannya.

– Bernama

Continue Reading

Previous: KOPAMA, MZL Development meterai MoU
Next: Labuan IBFC berpotensi perluas kewangan Islam digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.