
Nahas pesawat Air India 787-8 Dreamliner - Foto AFP
ISTANBUL: Saham syarikat pengeluar pesawat Boeing menjunam hampir lima peratus, susulan nahas melibatkan pesawat Air India 787-8 Dreamliner, insiden pertama membabitkan model pesawat itu, lapor Anadolu Ajansi.
Pesawat Air India penerbangan AI171 yang membawa 242 orang penumpang dan kru terhempas di sebuah kolej perubatan sejurus selepas berlepas dari bandar Ahmedabad di Gujarat, barat India.
Penumpang pesawat terdiri daripada 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang dari Kanada.
Kru penerbangan termasuk dua juruterbang dan 10 anak kapal.
Setakat 16:15 EDT, harga saham Boeing di New York dicatatkan pada AS$203.75. – BERNAMA-ANADOLU