Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SAFF 2023: 10 pengeluar tawarkan harga istimewa telur ayam omega
  • TEMPATAN

SAFF 2023: 10 pengeluar tawarkan harga istimewa telur ayam omega

Utusan Sarawak 2 years ago

SIDANG MEDIA… Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Negeri Sarawak Ramli Mat Sani (tengah), Timbalan Pengarah (Pembangunan) FAMA Negeri Sarawak Siti Rafiza Nawawi (kiri) dan Ketua Bahagian Pembangunan FAMA Negeri Sarawak Abdul Aziz Abdullah (kanan) pada sidang media Sarawak FAMA Fest 2023 (SAFF 2023) di Ibu Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak di sini, hari ini.

KUCHING: Jualan telur ayam Omega dengan harga istimewa diberikan kepada pengunjung Sarawak FAMA Fest 2023 (SAFF 2023) di Bintang Megamall Miri, minggu depan.

Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Negeri Sarawak, Ramli Mat Sani berkata, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak berkolaborasi dengan 10 pengeluar telur di sekitar Sarawak telah bersepakat menyediakan bekalan telur gred A,B dan C serta Omega untuk dijual kepada pengunjung SAFF 2023.

“FAMA Negeri Sarawak bekerjasama dengan sepuluh pengeluar telur di sekitar negeri ini untuk mendapatkan bekalan telur.

 “Kita cuba untuk mempromosikan dan menjual telur pada program tersebut. Antara telur yang dijual ialah gred A, B dan C. 

“Selain itu, kami turut menawarkan harga istimewa  telur Omega kepada pengunjung. Jadi ini adalah peluang terbaik kepada penduduk Miri dan kawasan sekitarnya untuk medapatkan harga istimewa telur Omega daripada kami,” katanya pada sidang media sempena SAFF 2023 di Ibu Pejabat FAMA Negeri Sarawak, hari  ini.

Katanya, warga Miri boleh mendapatkan harga istimewa telur Omega pada 23 Februari.

“Untuk telur gred A, B dan C, ia akan dijual berdasarkan harga kawalan yang telah ditetapkan. Hanya telur Omega sahaja dijual dengan harga istimewa. Hal ini kerana, kita mahu membantu usahawan dan pengguna,” katanya lagi.

Selain jualan telur, FAMA Negeri Sarawak juga akan mengadakan jualan ‘Happy Hour’  bagi produk usahawan dan barangan segar untuk mendapatkan harga yang terbaik pada masa tersebut.

SAFF 2023 akan diadakan pada 23 hingga 26 Februari ini di Bintang Megamall Miri.

Festival yang julung kali diadakan di Miri itu akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: SAFF 2023 ketengahkan produk keluaran makanan usahawan tempatan
Next: Lue Cheng Hing tinggalkan PBK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.