Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Safee letak jawatan Presiden PFAM
  • SUKAN

Safee letak jawatan Presiden PFAM

Utusan Sarawak 23 hours ago
PRESIDEN Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Mohd Safee Sali umum letak jawatan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).

Safee dalam kenyataan hari ini memaklumkan bukan mudah untuk beliau membuat keputusan itu, namun percaya ini masa yang tepat bagi memberi peluang kepada generasi muda mengambil alih peranan serta memimpin persatuan ke era baharu.

“Sudah tiba masanya untuk saya berundur dan memberi peluang kepada generasi muda memimpin. Saya yakin memperkenalkan perspektif baharu dan idea-idea inovatif penting untuk pembangunan bola sepak secara global.

“Satu penghormatan dapat berkhidmat dalam jawatan ini dan saya bangga dengan segala pencapaian yang telah kita raih bersama sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Tanggungjawab saya sebagai presiden PFAM sudah selesai setakat ini sejak 2019 hingga hari ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Instagram.

Safee berkata beliau yakin bakal pemimpin persatuan itu akan membawa semangat baharu atas kecintaan mereka terhadap sukan itu dan beliau menantikan perubahan positif yang akan mereka lakukan demi kemajuan sukan terbabit. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 10 petinju TBBC Sri Aman mara ke final
Next: Festival E-Sukan Sibu 2025 tarik 2,000 peserta, pacu sukan digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.