Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Safari Ramadan PPD Sri Aman semarak ukhuwah warga pendidikan
  • WILAYAH

Safari Ramadan PPD Sri Aman semarak ukhuwah warga pendidikan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PROGRAM Safari Ramadan anjuran PPD Sri Aman berlangsung meriah di SK Kem Pakit Sri Aman semalam. Foto PPD Sri Aman

SIMANGGANG: Program Safari Ramadan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sri Aman berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit Sri Aman semalam dalam usaha menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga pendidikan dan masyarakat setempat.

Menurut kenyataan media PPD Sri Aman, program tersebut diadakan bagi mengimarahkan Ramadan melalui pelbagai aktiviti kerohanian di samping mengeratkan hubungan antara warga sekolah, komuniti setempat serta agensi luar.

Program Safari Ramadan berkenaan turut menjelajah ke beberapa sekolah di Sri Aman termasuk SK Abang Aing dan SK Lela Pahlawan.

Selain itu, pihak penganjur juga menerima jemputan daripada Pejabat Agama Islam Sri Aman untuk menghadiri Majlis Ilmu yang diadakan di Masjid Bandar Sri Aman sebagai sebahagian daripada pengisian program tersebut.

Majlis di SK Kem Pakit turut dihadiri Pegawai Pemerintah Batalion ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Pakit Sri Aman, Leftenan Kolonel Mohamad Firdaus Umar; Guru Besar SK Kem Pakit, Faizal Osman; serta Penolong Pegawai Pendidikan PPD Sri Aman, Ustaz Syaifullah Ismail.

PROGRAM Safari Ramadan anjuran PPD Sri Aman berlangsung meriah di SK Kem Pakit Sri Aman semalam. Foto PPD Sri Aman

Turut hadir anggota kumpulan pelaksana (AKP) sekolah, ibu bapa serta murid-murid asnaf yang menerima sumbangan bakul makanan sempena program berkenaan.

Antara pengisian utama program ialah perasmian Laman Hadith 40 Imam Nawawi yang disempurnakan oleh Ustaz Syaifullah Ismail.

Program kemudiannya diteruskan dengan ucapan Guru Besar, sesi tazkirah Ramadan serta pelaksanaan solat Maghrib berjemaah yang diikuti majlis berbuka puasa.

Acara seterusnya melibatkan solat Isyak berjemaah, solat Tarawih dan Witir serta moreh yang disertai warga sekolah dan komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, program tersebut berjalan lancar serta mencapai objektifnya dalam memperkukuh ukhuwah antara warga sekolah, masyarakat dan agensi setempat selain menyemai nilai keprihatinan melalui penyampaian sumbangan kepada murid asnaf.

PPD Sri Aman berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyuburkan semangat kebersamaan, nilai kasih sayang serta budaya menghidupkan Ramadan dalam kalangan warga pendidikan dan masyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengguna jalan raya diingatkan berhati-hati musim perayaan
Next: RM2.65 juta bantuan kebajikan setakat Februari manfaatkan 5,820 penerima di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.