Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SAF2025 galak kemajuan teknologi dalam sektor pertanian
  • TEMPATAN

SAF2025 galak kemajuan teknologi dalam sektor pertanian

Utusan Sarawak 16 hours ago
DATO Sri Dr. Stephen Rundi Utom semasa sidang media SAF2025 yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak Agrofest 2025 (SAF2025) bertemakan ‘Perindustrian Sektor Agro Melalui Teknologi Pintar’ mempromosikan sektor pertanian dan industri berasaskan agro dengan menyediakan platform dinamik bagi menarik minat pelabur yang lebih tinggi serta meningkatkan penyertaan golongan belia dalam sektor pertanian.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ia selaras dengan masa depan pertanian yang menekankan peranan transformasi inovasi dalam memacu produktiviti, kelestarian dan pertumbuhan.

“Dengan mengintegrasikan teknologi terkini seperti pertanian ketepatan, automasi, ‘Internet of Thing (IoT)’ dan analisis data, kita dapat memodenkan amalan tradisional, memperkasa agropreneur serta meletakkan sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media SAF2025 yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena itu, inisiatif ini selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang bertujuan mentransformasikan sektor pertanian menjadi sektor yang berdaya tahan dan mampan, bagi memastikan keterjaminan makanan serta menjadikan Sarawak sebagai pengeksport bersih makanan menjelang tahun 2030.

Katanya, SAF2025 dijangka menarik lebih 600,000 pengunjung dari seluruh Sarawak dan menyasarkan hasil jualan sebanyak RM6 juta, peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding RM5 juta pada tahun lepas.

SAF2025 akan berlangsung selama 10 hari di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu dari 22 hingga 31 Ogos, dan dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg pada 23 Ogos depan.

Sementara itu, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom turut memaklumkan bahawa beberapa agrofest peringkat bahagian dan daerah telah dirancang dan akan dilaksanakan sebagai pembuka tirai kepada SAF2025, dengan dua agrofest mini telah dilaksanakan di Limbang dan Pakan.

“Agrofest mini yang akan datang akan diadakan di Serian pada 23 hingga 25 Mei, di Spaoh pada 25 hingga 27 Julai, di Selangau pada 1 hingga 3 Ogos, dan di Subis pada 8 hingga 10 Ogos,” katanya. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Libat urus strategik kunci kelancaran projek, fasiliti
Next: Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi awal dagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.